RSS
 

KONSEP DAN CARA PENGAMBILAN NUTRISI MINDA EXAMO CKM 500 FORMULASI PROF DR AZIZAN ISMAIL

23 Apr

Kaedah pengambilan Examo CKM 500 formulasi Prof Dr Azizan berbeza daripada kebanyakan suplimen minda yang lain. Pengambilannya adalah dengan cara dikemam di dalam mulut, iaitu diletakkan di bawah lidah. Kaedah ini didapati lebih berkesan daripada menelan.

Examo CKM 500 diserap secara terus tanpa melalui proses penghadaman, diserap oleh sel epitelium lidah. Unsur-unsur Examo bersaiz mikro dan mudah serap membolehkannya membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh dengan memberikan keutamaan kepada sistem saraf dan sel otak.

Bayi (kurang 1 tahun)           – 1 biji
Kanak-kanak (1-7 tahun)    – 2 biji
Kanak-kanak (7-14 tahun)  – 3 biji
Dewasa (14 tahun ke atas)   – 4 biji

Berapa kali sehari?

Pengambilannya berbeza mengikut minggu seperti berikut:

Minggu pertama                          – 3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3                – 2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterusnya  – 1 kali sehari

# Pengambilan secara istiqomah akan memberi kesan yang lebih baik dengan izin Allah..

Share/Save/Bookmark

 
 

CARA MINUM YANG BETUL MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W

22 Apr

Sememangnya pencipta lebih mengetahui tentang apa yang diciptanya. Sebagaimana pembuat sesuatu jenis kereta, pasti mengetahui kelamahan dan kekuatan kereta ciptaannya itu.

Justeru kita sebagai ciptaan Allah swt, pasti Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai makhluk ciptaannya. Al Quran dan hadis sebagai panduan. Rasulullah s.a.w sebagai teladan.

Makan dan minum adalah perintah Allah. Namun sekiranya dilaksanakan mengikut cara yang ditunjukki oleh Rasulullah s.a.w, berbagai manfaat akan diperolehi samada di dunia mahupun akhirat.

Berikut adalah cara-cara minum yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w:

■Membaca bismillah sebelum minum

■Membaca alhamdulillah selepas minum

■Minum menggunakan tangan kanan

■Minum sekurang-kurangnya tiga kali teguk, walaupun sedikit.

■Elak daripada menghembuskan nafas ke dalam air

■Jangan meniup ke dalam minuman samada panas atau sejuk

■Elak minum air yang terlalu panas

■Melihat ke dalam air dahulu sebelum minum

■Jangan minum sekiranya terdapat semut di dalam air

■Elak bahagian gelas yang sumbing semasa minum

■Duduk ketika minum kecuali air zam-zam

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya memberikan minuman kepada Nabi s.a.w. dari air zamzam, beliau minum sambil berdiri.” (Muttafaq ‘alaih)

Share/Save/Bookmark

 
 

SPM 2013 – PERSAINGAN SEMAKIN SENGIT MEMASUKI UNIVERSITI DAN MEMPEROLEHI TAWARAN BIASISWA

01 Apr

Pencapaian keseluruhan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 adalah bertambah baik berbanding SPM 2012 yang lalu. Nilai GPN bagi peperiksaan SPM tahun 2013 adalah 4.93 mata.

Seramai 13,970 orang calon telah meraih semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki  dalam peperiksaan SPM 2013. Manakala jumlah calon yang memperolehi semua A dalam mata pelajaran yang diduduki bagi SPM tahun 2012 adalah 13,720 orang sahaja. Mencatat pertambahan sebanyak 250 orang dalam tempoh tersebut.

Para pelajar yang telah Berjaya dengan cemerlang, tentunya mudah memilih tempat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang yang diminati. Biasiswa juga, biasanya akan ditawarkan kepada mereka yang cemerlang sahaja.

Manakala calon-calon yang kurang cemerlang terpaksa melalui persaingan yang sengit untuk mendapatkan tempat belajar yang baik serta menepati bidang yang diminati . Malah, syarat kemasukan ke IPTA juga semakin meningkat dalam sesetengah bidang.

Apa yang lebih menyedihkan, calon-calon tidak dapat meneruskan cita-cita melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang diminati disebabkan keputusan peperiksaan SPM yang tidak mencukupi syarat. Jadi terpaksa mengikuti kursus-kursus yang kurang diminati demi melanjutkan pelajaran. Bayangkan, mempelajari bidang yang tidak diminati, pastinya sedikit sebanyak menjejaskan prestasi dan keseronokan berkerjaya kelak.

Oleh itu pemilihan tempat melanjutkan pengajian dan penentuan bidang yang sesuai penting dilakukan dengan sebaiknya. Pemilihan pada peringkat ini akan memberi kesan yang besar kepada kerjaya kelak. Adalah lebih baik merujuk kepada kaunselor sekolah bagi menentukan minat kerjaya yang sesuai dengan keputusan peperiksaan yang diperolehi.

Borang permohonan UPU online sesi akademik 2014/2015 dan maklumat berkaitan:

https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/

http://upu.moe.gov.my/web/

Share/Save/Bookmark

 
 

PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 2014 DAN PENGGANTIAN PMR KEPADA PT3

21 Mar

Penangguhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah akhirnya sedia diteruskan semula dengan penambahbaikan bermula pada 1 April 2014 akan datang.

Bebanan tugas guru yang dipikul para guru selama ini akan berkurangan dengan penambahbaikan ini. Tiada lagi pengisian data secara online yang mana merupakan salah satu masalah utama dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebelum ini. Melalui penambahbaikan ini guru akan simpan data dalam sistem offline dan boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru berkenaan.

Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab menyediakan soalan-soalan mengikut pemberatan susah, kurang susah dan senang. Pentaksiran peringkat sekolah tersebut akan diverifikasi oleh pasukan khas Lembaga Peperiksaan bagi mengelak ketidakseragaman antara sekolah.

Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya akan digunakan untuk menilai kelayakan para pelajar bagi memasuki sekolah-sekolah tertentu seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta sekolah menengah teknik dan kolej-kolej vokasional.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilihat selari dengan keperluan pendidikan kontemporari yang menekankan proses bukannya jumlah kandungan. Kalau dulu, penilaian berorientasi peperiksaan, pelajar disumbat dengan maklumat, lepas tu peperiksaan, kemudian masuk universiti. Ada di antara mereka capai straight A dalam SPM tetapi tidak boleh memimpin, tidak pandai berkomunikasi, tidak dapat berfikir dengan kritis dan berbagai kelemahan yang tidak seharusnya ada pada seorang pelajar pintar.

Pada zaman ini, pelajar boleh dapat maklumat dengan mudah dan cepat, malah kadang-kadang lebih cepat daripada guru. Oleh itu Penilaian Berasas Sekolah (PBS) dengan pendekatan PROSES membolehkan pelajar mengeluarkan potensi diri yang ada dan diasah serta amat berguna untuk kerjaya kelak.

Sejauhmana kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah bergantung kepada guru dan murid yang terlibat. Peranan guru lebih penting daripada sistem walaupun sistem itu hebat. Semoga dengan penambahbaikan ini akan membolehkan para guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dengan jayanya serta memberi impak yang diharapkan.

Terima kasih cikgu…

>>> Download Nota PBS di SINI<<<

Share/Save/Bookmark

 
 

Kenapa Kanak-kanak Sering Mimpi Ngeri dan Mengigau Dalam Tidur?

17 Mar

Ibu bapa mana yang tidak risau melihat anak-anak mengalami keadaan takut sewaktu dalam tidur. Ada pula ibu bapa yang meminta bantuan bomoh untuk mengatasinya. Namun mimpi ngeri dan mengigau merupakan perkara biasa yang boleh terjadi kepada anak-anak kita.

Kanak-kanak yang berumur antara umur 3-5 tahun, kerap kali didapati bercakap dalam tidur atau mangalami mimpi yang menakutkan. Sebenarnya, mereka sedang mengalami proses membesar dan juga pada peringkat umur tersebut, mereka belum faham sepenuhnya akan dunianya.

Anak-anak pergi tidur dengan banyak persoalan yang bermain di dalam fikiran, tetapi belum terjawab. Tingkah laku mereka juga lebih banyak dipengaruhi oleh perasaan. Pada peringkat ini mereka sudah tahu merasa takut atau dapat merasa sesuatu yang tidak kena. Perasaan inilah yang timbul pada malam hari.

Seringkali kanak-kanak tidak dapat menceritakan mimpinya, malah mereka sukar hendak tidur kembali. Berbagai bentuk kemungkinan mimpi yang menakutkan, dia mungkin bermimpi dikejar binatang buas, orang yang hodoh atau terlibat dalam kebakaran atau sebagainya. Hanya jika terjaga barulah anda perlu memujuknya dan mendakapnya. Jika dia tidak terjaga, jangan buat apa-apa, duduklah sahaja di sisinya.

Jika anak anda sering berjalan dalam tidur, awasi mereka sebaiknya bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Pasangkan penghalang pada tangga, kunci rumah disimpan dengan baik  atau berbagai bentuk langkah-langkah keselamatan yang sesuai perlu diambil untuk mengelakkan berlakunya perkara buruk.

Meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak dapat meningkatkan keyakinan mereka serta mengurangkan masalah ketakutan mimpi ngeri.

Share/Save/Bookmark

 
 

10 TIPS PENTING PENYEDIAAN MAKANAN BAYI

23 Feb

Pemakanan peringkat bayi sangat perlu dititik berat atau dijaga supaya tidak wujud kesan yang tidak diingini timbul daripada pemakanan yang tidak betul. 10 tips berikut boleh dijadikan panduan ringkas dalam penyediaan makanan bayi.

1. Gunakan buah dan sayur yang baru atau segar

2. Kupas kulit buah dan sayur hanya jika kulit tersebut menyusahkan bayi

3. Masaklah buah dan sayur yang berkulit lembut bersama kulitnya kerana dapat mengekalkan vitamin dan membekalkan gentian tambahan

4. Masak buah atau sayur di dalam periuk bertutup rapat dengan menggunakan air yang paling minimum bagi mengekalkan vitaminnya

5. Berikan bayi makan daging atau ikan berpuri. Puri ini boleh dicairkan dengan air sayur atau sup.

6. Gunakan minyak bunga matahari atau minyak jagung. Jangan masak menggunakan mentega atau lemak tepu.

7. Jangan rendam sayur terlalu lama sebelum dimasak kerana ianya akan memusnahkan sebahagian vitamin

8. Jangan berikan daging merah lebih daripada 2 kali seminggu kerana ianya mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi

9. Jangan ditambah gula atau garam ke dalam makanan bayi kerana ginjalnya belum matang untuk menerima.

10. Jauhi makanan siap yang mengandungi MSG atau monosodium glutamate atau lebih di kenali di kalangan kita sebagai ajinomoto.

# Namun begitu perkara yang lebih utama adalah sumber yang halal. Sumber makanan yang halal akan mempengaruhi sahsiah anak-anak seterusnya.

Share/Save/Bookmark

 
 

KEBIASAAN BURUK KETIKA MEMBACA, MENGHALANG KECEMERLANGAN MEMBACA CEPAT

14 Feb

Membaca dengan kelajuan perlahan adalah salah satu punca yang mendorong manusia kurang membaca. Sedangkan dunia hari ini yang serba pantas amat menuntut kelajuan membaca ditingkatkan supaya selari dengan lambakan maklumat kini. Berikut adalah 5 perkara yang menghalang kaedah membaca cepat.

1.Melafaz perkataan

Kebiasaan melafazkan perkataan ketika membaca biasanya terbawa-bawa daripada cara membaca ketika kanak-kanak. Mungkin anda masih ingat ketika guru suruh membaca kuat di depan kelas.. Namun ianya bertentangan dengan kaedah membaca cepat.Membaca dengan melafazkan perkataan akan melambatkan kelajuan membaca, ianya hanya mampu memcapai kelajuan berbicara sahaja.

2.Gerakan bibir

Gerakan bibir ketika membaca tidak mengeluarkan suara dan tidak didengari oleh orang lain. Namun ianya akan menghalang kelajuan membaca. Tabiat melafazkan perkataan dan gerakan bibir boleh diatasi dengan latihan meletakkan pensil pada bibir ketika membaca. Lakukan latihan ini sehingga tabiat melafaz perkataan dan gerakan bibir hilang daripada sikap membaca kita.

3.Menggerakkan kepala

Tabiat menggerakkan kepala berlaku akibat daripada pembaca terlalu tertumpu kepada perkataan demi perkataan. Biasanya bergerak dari kiri ke kanan. Antara sebablain yang mendorong pergerakan kepala adalah jarak pembacaan yang dekat. Oleh itu lakukan latihan membaca dengan jarak 30cm antara mata dan bahan bacaan. Dengan jarak 30 cm, gerakan mata sahaja sudah mampu untuk melihat keseluruhan bahan bacaan.

4.Regresi

Regresi adalah tabiat mengulang-ulang membaca ayat atau perkataan yang telah dibaca. Biasanya berlaku kerana wujudnya kebimbangan adanya perkataan yang tidak difahami. Kurangnya konsentrasi akan menyababkan meningkatnya amalan regresi dalam pembacaan. Oleh itu, pastikan masa yang tenang, tempat duduk yang selesa, cahaya yang mencukupi dan jauh daripada gangguan ketika membaca.

5.Sub-vokal

Sub-vokal adalah tabiat membaca, dalam masa yang sama membaca dalam hati. Kepantasan membaca akan merosot kerana hati turut menghayati perkataan demi perkataan adau kelompok kata demi kelompok kata..

Sekiranya kita dapat mengelakkan daripada 5 tabiat buruk ketika membaca tersebut di atas, maka kita dapat menjimatkan lebih masa untuk memperolehi maklumat penting dalam kehidupan seharian. Apatah lagi bagi seorang pelajar, kebolehan membaca cepat sangat membantu ketika menjawab soalan peperiksaan dan  mentelaah pelajaran.

Share/Save/Bookmark

 
 

MAKANAN SUNNAH NABI BINA KESIHATAN UNGGUL

14 Jan

Salam Maulidurrasul s.a.w..

Kehadiran Rasulullah s.a.w telah membawa rahmat sekalian alam. Walaupun beliau tidak menjelajah ke seluruh pelusuk dunia, tetapi agama Islam teleh tersebar tanpa sempadan. Pengorbanan sebagai rasul selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah dengan pelbagai susah payah sepanjang tempoh tersebut telah malahirkan para sahabat yang agong. Pengorbanan sahabat juga tiada tolok bandingnya demi menegakkan kalimah Allah..

Sebagai umat Islam, sepatutnya mengamalkan segala sunnah baginda Nabi s.a.w sebagai tanda cintakan beliau. Apa yang Rasulullah s.a.w amalkan adalah yang terbaik kepada manusia meliputi seluruh kehidupan kerana manusia adalah ciptaan Allah dan apa yang dilakukan oleh Rasulullah adalah perintah Allah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik kepada manusia sebagai makhluk ciptaannya.

Sunnah meliputi seluruh kehidupan, bermula dari bangun tidur sampailah tidur semula kemudian bangun lagi keesokkannya. Oleh itu agak pelik sekiranya tidak dapat mengamalkannya walaupun sebahagian. Makanan sunnah adalah salah satu daripada bahagian yang boleh kita amalkan. Walaupun makanan sunnah senang diamalkan tetapi hendaklah dengan ilmu dan tidak berlebihan.

Sambil banyakkan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, jom kita kenali dan amalkan memakan sebahagian makanan sunnah Nabi s.a.w yang menyumbang kepada keupayaan minda….

kurma atau tamar

– susu

– kismis atau anggur kering

madu

– buah delima

– za’faran atau safron (Crocos sativus)

– buah teen (Fucus carica)

– habbatus sauda (Nagella sativa)

– air zamzam

Walaupun berbagai kelebihan makanan sunnah, niatkan mengamal adalah untuk menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. In sya Allah sesiapa yang menghidupkan sunnah pada akhir zaman akan mendapat pahala 100 syahid… SALAM MAULUDURRASUL.

Share/Save/Bookmark

 

MUHASABAH CUTI SEKOLAH DAN PERSEDIAAN PEPERIKSAAN MELALUI E-LEARNING

28 Dec

Cuti  panjang persekolahan 2013 dah hampir ke penghujungnya. Adakah cuti yang panjang sebulan setengah itu telah menjanjikan sesuatu tambahnilai kepada anak-anak kesayangan kita yang sedang subur membesar? Pakar-pakar motivasi sering mengingatkan bahawa anak-anak sepatutnya enjoy hanya 1-2 minggu sahaja, selebihnya perlu digunakan untuk pengisian perkara-perkara bermanfaat.

Ramai ibu bapa mengambil inisiatif menghantar anak-anak ke kem-kem motivasi, kem tahfiz, belajar bahasa, kelas-kelas kemahiran, lawatan ke tempat menarik dan sebagainya. Namun masih ramai ibu bapa yang tidak mampu atau tidak memilih berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu. Yang penting di sini bukannya mengikuti program-program yang canggih pada nama, tetapi sejauh mana kesan dan keupayaan mempraktikkan apa yang dipelajari sebagai nilai tambah kepada anak-anak.

Bagi ibu bapa yang melanggan program pembelajaran interaktif secara online, ianya merupakan satu inisiatif yang menarik. Anak-anak boleh mengulangkaji pelajaran dengan kaedah yang tidak membosankan. Calon-calon UPSR dan SPM amat sesuai mengambil peluang cuti panjang untuk melengkapkan diri menghadapi peperiksaan melalui Program e-learning di rumah masing-masing.

Mempelbagaikan kaedah pembelajaran seperti Program e-learning amat membantu untuk meningkat dan mengekalkan motivasi belajar anak-anak. Pembelajaran melalui portal khas seperti ini memberi peluang kepada anak-anak menggunakan kemudahan IT secara interaktif di internet dalam keadaan mereka bebas daripada iklan-iklan tidak senonoh yang dibimbangi ibu bapa.

Almaklumlah, pengaruh daripada games, gajet-gajet yang berleluasa, telefon pintar, media social dan filem Korea J sedikit sebanyak pasti menjadi cabaran dan kekangan kepada anak-anak untuk menjadi pelajar cemerlang. Kecenderungan mereka untuk menggunakan internet boleh disalurkan kepada Program Score A i-Teacher.

Sukatan pelajaran yang selari dengan KSSR dan KSSM menjadikan program ini releven walaupun PMR akan dimansuhkan bermula tahun hadapan. Oleh itu program pembelajaran komprehensif Score A i-Teacher amat sesuai diberi kepada anak-anak bukan sahaja pada masa cuti sekolah, tetapi juga sangat membantu sepanjang pembelajaran anak dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 6. >> e-Learning

Share/Save/Bookmark

 
 

Set Anak Pintar Shaklee Dengan Omega Guard Untuk Rangsang Minda Genius

08 Nov

Menurut Prof. Pyoir Kuzmich Anokhin, seorang pakar bedah saraf berbangsa Rusia, neuron minda anak pintar berkeadaan lebih subur berbanding otak anak kurang pintar. Neuron yang subur akan dapat diwujudkan melalui diet pemakanan yang sesuai dan mengandungi nutrien untuk menyuburkan saraf. Unsur-unsur yang penting untuk perkembangan dan kesihatan otak ialah protein, asid lemak Omega-3, karbohidrat, bahan mineral dan vitamin. Sudah pastinya pemakanan dari sumber sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan wajib menjadi menu harian anak-anak. Namun kebiasaannya anak-anak kita sangat tidak menggemari makanan-makanan berkhasiat ini. Ini menjadi dilemma ibu bapa. Namun ada ‘short-cut’ bagi masalah ini, iaitu dengan membiasakan anak-anak dengan pengambilan suplemen-suplemen merangsang minda yang mengandungi semua unsur-unsur di atas. Set Anak Pintar Shaklee yang terdiri dari Omega Guard Shaklee dan MealShake Shaklee terbukti mampu merangsang minda genius anak dan menyihatkan badan.

Pernah dengar DHA? Cuba perhatikan iklan-iklan dan kotak-kotak susu formula yang dijual di pasaran. Sebahagian daripadanya mengandungi DHA bagi tujuan meransang kepintaran anak. Kepentingan DHA dalam merangsang minda sudah lama dalam kajian kami.

Asid lemak Omega-3 mengandungi 2 komponen utama yang diaktifkan secara biologikal iaitu asid eicosopentaenoic (ERA) dan asid docosahexaenoic (DHA). ERA merupakan komponen penting kepada tubuh manusia di dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit berkaitan jantung dan peredaran darah. Manakala DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia, perkembangan otak dan fungsi mata.

Tahukah anda bahawa sumber terbaik Omega 3 ialah daripada sumber ikan?

Di sini kami ingin kemukakan satu hipotesis iaitu satu kenyataan yang belum diuji. Kegemaran penduduk-penduduk pantai timur yang suka makan ikan tongkol berkemungkinan merupakan satu pennyumbang kepada kecemerlangan negeri terengganu dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM untuk selama 4 tahun berturut-turut yang dinobatkan sebagai Negeri yang mencapai keputusan terbaik bagi seluruh Malaysia.

Pemilihan diet pemakanan yang betul dapat membantu menyuburkan otak seterusnya merangsang minda cemerlang.

Protein diperlukan oleh badan untuk membina sel baru, menyelenggara tisu dan mengawal fungsi sel sebanyak 22 asid amino yang berbeza diperlukan oleh tubuh. 13 asid amino dihasilkan sendiri oleh tubuh melalui lemak, karbohidrat dan asid amino yang lain. Manakala 9 asid amino lagi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu diperolehi melalui pemakanan. Bagi kepentingan bahagian otak, protein diperlukan untuk membina sel-sel otak khususnya bagi tujuan penghantaran mesej.

Karbohidrat merupakan salah satu unsur makronutrien yang penting untuk tubuh manusia. Secara umum karbohidrat menyediakan sumber tenaga utama yang dapat diserap segera ke dalam sistem tubuh. Bagi perkembangan dan kesihatan mental, karbohidrat diperlukan untuk membekalkan glukosa kepada otak serta memberi tenaga kepada otak.

Vitamin membantu mempercepatkan penghasilan sel otak. Vitamin diperlukan bersama-sama protein, lemak dan karbohidrat sebagai pemangkin untuk proses perkembangan minda yang lebih efektif. Vitamin utama yang perlu bagi membantu perkembangan otak adalah terdiri daripada B kompleks (B1, B2, B3, B5, B6, B12) dan vitamin C. Selain baik untuk perkembangan otak, vitamin B kompleks juga perlu untuk membantu keseimbangan emosi, membina sistem imuniti tubuh yang kuat, membantu mengekalkan kesihatan tisu otak, saraf, kulit, rambut, hati dan mulut, sebagai antikanser dan mengurangkan tekanan.

Mineral juga tidak kurang pentingnya kepada manusia dan perkembangan otak. Ia membantu proses elektrokimia yang berlaku di dalam otak. Antara mineral yang penting untuk kesihatan minda ialah zat besi, kalsium, magnesium dan kalium. Magnesium sangat penting bagi setiap proses biokimia yang terjadi di dalam badan termasuk otak. Manakala kalium berperanan untuk mempergiatkan tindak balas biologikal dan membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel. Menurut kajian, zat kalium phosfat dan magnesium posfat boleh bertindak melambatkan kematian sel-sel otak.

Zat besi bertindak untuk mengangkut oksigen ke sel dan mengeluarkan karbon dioksida daripada sel. Zink juga berperanan penting di dalam mempercepatkan kadar metabolisma lemak dan karbohidrat di samping membantu pembinaan sel-sel penghantar mesej. Malah kekurangan zink juga boleh menjejaskan tumpuan anak terhadap pelajaran.

Namun pada zaman yang serba mencabar ini, bukan senang bagi ibu bapa menyediakan semua unsur-unsur nutrien pemakanan keperluan minda dengan juzuk yang tetap setiap hari. Kesibukan ibu bapa menyebabkan pemakanan seimbang penyubur otak sukar disediakan daripada sumber makanan harian.

Menurut Steve Gillman di dalam bukunya, A Book of Secrets;
“In studies, children scored higher on tests when on a regimen of daily vitamin supplements. “Experts” will tell you that if you eat a balanced diet, you don’t need supplements, which, given the culture here, is really just a sales pitch for vitamins, isn’t it? Who eats a perfectly balanced diet?”

Share/Save/Bookmark