RSS
 

ABOUT

Hamba Allah yang sentiasa mengharapkan rahmatNya di samping menjalankan amanah mendidik anak-anak agar menjadi insan yang bertaqwa. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan di dunia yang fana ini melainkan kerezaanNya jua.

Tujuan utama blog ini bukanlah untuk mengajar sesiapa jua yang mengunjungi laman ini, bahkan hanyalah berkongsi pengalaman dan pengetahuan agar menjadi sedikit bekalan di kemudian hari. Memperingati diri kami agar tidak cuai di dalam usaha membentuk keperibadian dan kepintaran yang berlandaskan al-Quran dan hadis.

Kami akan cuba memuatkan maklumat-maklumat berkaitan pendidikan anak. Anak-anak umpama modal yang diberi kepada kita untuk digunakan dengan sebaik-baiknya di dunia ini bagi memperolehi keuntungan di dunia dan akhirat kelak. Kehadiran mereka bakal memberi kebaikan di dunia mahupun akhirat kepada kita,… ataupun sebaliknya..

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

”Apabila manusia mati maka terputuslah sekalian amalnya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah (yang mengalir), ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh apabila mendoakannya.”

(HR: Muslim dan Ibnu Majah)

 Wahai Allah Yang Maha Rahim, berikanlah kepada kami anak-anak yang soleh dan solehah….

M.Jaafar & Nor Azlina
www.blog.rahsiaanakpintar.com
www.anakpintar2u.com

Share/Save/Bookmark

Leave a Reply