RSS
 

Madu Merawat Penyakit Dan Menguatkan Minda

19 May

Madu lebah adalah anugerah istimewa kepada manusia daripada PENCIPTA, khususnya di dalam bidang perubatan tradisional. Madu lebah telah dijadikan penawar kepada pelbagai jenis penyakit sejak sekian lama. Allah S.W.T sendiri telah menyebut di dalam Al-Quran tentang keistimewaan madu lebah. Malah Allah S.W.T telah memberikan nama salah satu surah di dalam Al-Quran sebagai surah An-Nahl bermaksud lebah.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran Bermaksud:

Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (Surah An Nahl: 69)

Khasiat Madu

Madu lebah kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Madu lebah mengandungi Zat Besi, Kalium, Fosforus, Vitamin A, B1, B2, B Complex, C, D, K, Anti Oksidan, Fruktosa, Glukosa, Maltosa, Sukrosa, dan Asid Amino. Madu lebah juga mengandungi sumber antioksidan yang tinggi, yang mana dapat memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak.

Tidak terkecuali kerosakan sel-sel turut berlaku pada sel otak, ianya boleh berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan dan minuman secara tidak sihat. Perisa makanan dan minuman berkarbonat merupakan antara penyumbang kepada berlakunya radikel bebas yang menyebabkan kerosakan sel.

Pengambilan madu lebah dapat menggantikan sel-sel yang rosak dan mati termasuk sel otak. Sel-sel otak yang subur akan dapat menyimpan maklumat dengan lebih banyak. Madu dapat meningkatkan perkembangan kecerdasan anak. Madu juga dapat menguatkan daya ingatan, meningkatkan krativiti serta menguatkan antibodi kanak-kanak.

Madu juga boleh bertindak sebagai “painkiller” untuk penyakit migrain, melegakan sistem saraf dan juga membantu memulihkan insomnia. Madu bertindak sebagai sedatif (penenang) kepada sistem saraf sekaligus memberi keselesaan dan kelegaan.

Share/Save/Bookmark

 
 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

 

 
  1. Ermanita Binti Mohamed

    June 14, 2010 at 10:59 am

    Assalamualaikum…..
    Saya ibu kepada 2 org anak yg berusia 6 dan 3 tahun. Sejak setahun lalu, saya telah menjadikan madu Khaula asli sebagai supplement kepada anak2 saya. Dan setiap hari sebelum ke sekolah selepas minum susu, dan sebelum tidur mlm mereka akan disuapkan dgn madu. Hanya dicelup dgn hujung sudu plastik.
    Soalan saya, adakah cara saya ini betul atau adakah nanti akan timbul efect lain. Sebelum ini saya kerap menggantikan madu lebah ini sebagai ubat pencair kahak atau batuk untuk mengelakkan daripada mengambil ubat-ubatan di hospital/klinik terlalu kerap. Alhamdulillah, berkesan….

     
    • admin

      June 14, 2010 at 11:23 pm

      Waalaikum salam w.b.t, madu adalah penawar pelbagai penyakit. Insyaallah pada pendapat saya, apa yang puan lakukan adalah betul.. Selebihnya kita perlu berdoa dan bertawakkal..

       
  2. Mohd Azlan

    June 24, 2010 at 5:10 pm

    Bagaimana membentuk anak untuk suka bersukan & insya-allh boleh menjadi ahli sukan?
    Susah bagi say mendapat info2 berkenaan diatas. secara total semua orang inginkan anak-anak pintar. Akan tetapi saya belum lagi mendapat info dalm membentuk anak2 menjadi aktif dalm sukan. Boleh recommend mana web, atau buku yang boleh sya baca.

     
  3. Mawaddah

    June 25, 2010 at 3:02 pm

    saya mempunyai anak berumur 6bulan lebih. saya pernah terbaca bahawa madu tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur bawah 1 tahun, menyebabkan saya tidak berani hendak beri anak saya madu, Betulkah kenyataan itu?

     
  4. admin

    June 25, 2010 at 10:12 pm

    Membentuk minat dan kecenderungan anak terhadap sukan sama juga seperti bidang-bidang lain,….. Pendapat saya adalah wujudkan suasana sukan (seperti keluarga Haji Sidek/badminton), penetapan matlamat di samping membentuk minat dan kecenderungan mereka kepada jenis-jenis sukan tertentu sejak awal..

    Antara sumber maklumat yang boleh membantu –
    http://www.bjss.edu.my/
    http://www.sukan.upm.edu.my/

     
  5. admin

    June 25, 2010 at 10:36 pm

    Insyaallah madu tidak memudaratkan jika diberikan dengan kadar yang sedikit… Nabi Muhammad s.a.w pernah menganjurkan untuk anak yang baru lahir juga diberikan madu… Kita perlu yakin dengan Al-Quran dan sunnah, manfaat dan mudarat datang daripada Allah s.w.t… wallahu a’lam

     
  6. IRA

    June 29, 2010 at 2:24 pm

    Assalamualaikum….
    Madu yang macamane paling baik untuk diberikan pada anak,yang dijual dipasaraya@yang dijual dalam botol dibuat oleh orang kampung.tetapi yang dibuat org kg tu sudah dicampur dgn gula boleh ke diberi pada anak

     
  7. admin

    July 3, 2010 at 1:04 pm

    W’salam.. pastikan madu lebah asli. Antara madu paling bagus adalah madu yaman, tapi susah nak dapat. Tak kisah dari mana… asalkan asli, kalau dah campur gula tu dah tak asli..