RSS
 

Cuti Sekolah: Peluang Membentuk Sahsiah Anak-anak

13 Dec

Hmmm… Anak-anak yang bersekolah sudah pun berada dalam minggu ketiga cuti panjang persekolahan.Sudah tentu anak-anak telah melalui berbagai aktiviti sepanjang tiga minggu percutian.

Ada yang melancong, ada yang berkhatan, ada yang balik kampung jumpa nenek, ada yang sibuk membantu persiapan kenduri kahwin, ada yang mengikuti kem-kem motivasi, kem ibadah, kem hafazan dan sebagainya.

Tentunya semua ibu bapa bersetuju bahawa pembelajaran terus berlaku setiap hari melalui apa yang dilihat, didengar dan pengalaman yang dilalui selain pendidikan berbentuk formal. Oleh itu ibu bapa berpeluang menggunakan kreativiti masing-masing untuk manfaatkan masa cuti bagi membentuk pembelajaran yang bermanfaat kepada anak-anak.

Sekurang-kurangnya ibu bapa telah pun dapat menilai sejauh mana manfaat yang telah diperolehi oleh anak-anak sepanjang cuti yang telah dilalui. Semoga anak-anak telah memperolehi nilai tambah pada diri masing-masing yang bakal mencorak masa depan cemerlang di dunia mahupun di akhirat

P/s: Elakkan daripada menegur atau memarahi anak-anak di hadapan orang lain lebih-lebih lagi di hadapan adik beradiknya. Ianya akan memupuk perasaan dendam, benci dan dengki di dalam diri anak yang akan membentuk sifat-sifat mazmumah.

Share/Save/Bookmark

 
 

SOALAN BOCOR PEPERIKSAAN UPSR, CALON PERLU DIBERI MOTIVASI

27 Sep

Kebocoran soalan peperiksaan UPSR bukannya pertama kali berlaku. Walau bagaimanapun ianya adalah pada tahap yang sangat minimum dan tidak meluas. Namun pada peperiksaan UPSR 2014, sejarah hitam kebocoran soalan telah berlaku yang tidak mungkin dilupakan terutama bagi calon-calon peperiksaan UPSR.

Kebocoran soalan berlaku akibat daripada adanya pihak-pihak yang tidak amanah. Kalaupun tidak wujud unsur rasuah, namun tahap integriti yang rendah individu-individu tertentu telah melumpuhkan kredibiliti Lembaga Peperiksaan dan perjalanan UPSR 2014.

Kemungkinan mereka yang terlibat berniat untuk membantu murid-murid memperolehi gred yang lebih baik atau menaikkan nama sekolah. Namun, cara yang dipilih adalah salah dan tidak bertanggungjawab. Kebocoran soalan di kalangan murid-murid tertentu sama sekali tidak adil, justeru peperiksaan semula perlu dijalankan walaupun kerajaan terpaksa menanggung belanja yang besar.

Akibat daripada kebocoran soalan, para calon terpaksa mengulangi semula peperiksaan. Calon-calon akan berasa tertekan kerana sepatutnya mereka telah ‘merdeka’. Sebaliknya, mereka terpaksa mengulangkaji lagi pelajaran untuk menghadapi peperiksaan ulangan.

Mungkin persiapan calon-calon kali ini tidak sehebat peperiksaan yang pertama. Ini adalah kerana mereka mulai mempertikai integriti individu-individu yang terlibat dengan soalan-soalan peperiksaan. Tidak mustahil kebocoran masih boleh berlaku sekiranya proses dan tahap keselamatan soalan tersebut masih lagi pada tahap yang sama. Oleh itu, ‘mood’ belajar mereka akan jatuh.

Manakala ibu bapa tertekan kerana perlu mengulangi semula persiapan membantu anak-anak yang bakal menduduki semula peperiksaan UPSR. Tempoh masa yang dijangka selesai untuk menumpukan perhatian kepada peperiksaan anak terpaksa dipanjangkan sehingga peperiksaan ulangan selesai. Seolah-olah masa yang diperuntukan untuk membantu anak-anak sebelum ini membazir begitu sahaja.

TINDAKAN PERLU

Ibu bapa perlu memberi sokongan moral kepada anak-anak yang bakal menduduki semula peperiksaan UPSR. Kekecewaan paling dalam buat mereka yang menjalani peperiksaan dengan penuh persiapan, tetapi perlu menduduki peperiksaan ulangan.

Pihak sekolah dan para guru perlu mengadakan program khas untuk memulihkan semula ‘mood’ belajar murid-murid terlibat. Pihak sekolah perlu meyakinkan murid-murid yang terlibat bahawa peristiwa soalan bocor tidak akan berulang.

Pihak kementerian perlu segera memastikan proses penyediaan soalan lebih ketat dan bebas daripada kebocoran. Mengembalikan semula kepercayaan pelajar kepada sistem peperiksaan, bukan sahaja calon-calon UPSR malah semua calon PT3, SPM, STPM dan lain-lain lagi dalam masa terdekat. Sekiranya tidak, ‘mood’ belajar mereka akan merosot dek keyakinan terhadap integriti pengendali soalan yang semakin lemah.

P/s: Jangan peperiksaan ulangan pun bocor juga…

JADUAL PEPERIKSAAN ULANGAN:

30.9.2014 : Sains dan Bahasa Inggeris

9.10.2014 : Matematik dan Bahasa Tamil

Share/Save/Bookmark

 
 

PENAJA-PENAJA BIASISWA PENDIDIKAN UNTUK PELAJAR MALAYSIA

01 Sep

Sungguhpun agak sukar memperolehi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran bagi para pelajar dewasa ini, namun peluang masih ada bagi mereka yang cemerlang.

Antara biasiswa yang ditawarkan untuk lepasan STPM/Matrikulasi dan setaraf:

JPA: http://esilav2.jpa.gov.my/

MARA: http://www.mara.gov.my/

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP): http://www.ypm.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=19&Itemid=30

Tun Rahah Scholarship Fund: http://www.yayasancemerlang.org.my/

UEM: http://www.uem.com.my/social/scholarship.html

Sime Darby: http://www.simedarby.com/

SCM: http://www.sc.com.my/

TNB: http://yayasan.tnb.com.my/sam/

TM: http://ytm.tm.com.my/

PNB: http://www.pnb.com.my/

Shell: http://www.shell.com.my/

Yayasan Pelajaran Mara: http://jadypm.edu.my/

JAKIM: http://www.islam.gov.my/

Biasiswa Tunku Abdul Rahman: www.yayasantar.org.my

Felda Johore Bulker Sdn Bhd: www.feldaholdings.com

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah: www.sabah.gov.my/jpan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak: www.psc.sarawak.gov.my

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah: www.biasiswa.sabah.gov.my

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan: www.maiamp.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak: www.perak.gov.my

Majlis Agama Islam Negeri Johor: www.maij.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor: www.selangor.gov.my

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN): tapem.melaka.gov.my

Gamuda Berhad: www.gamuda.com.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan: www.jkmwpkl.gov.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: www.kwsp.gov.my

Lembaga Zakat Selangor: www.e-zakat.com.my

Bank Rakyat Malaysia Berhad: www.yayasanbankrakyat.com.my

Pusat Zakat Sabah: www.zakat.sabah.gov.my

Yayasan Negeri Sembilan: www.yns.gov.my

Skim Biasiswa National Science: www.masduke.net/download/nsf.doc

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia: www.mosti.gov.my

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): www.perkeso.gov.my

Sarawak Shell Berhad: www.shell.com.my

Sapura Industrial Berhad: www.sapuraindustrial.com.my

Terengganu Advanced Technical Institute: www.tatiuc.edu.my

Yayasan Felcra: esistem felcra.com.my/yayasan/?index.html

Yayasan Pahang: www.yp.org.my

Yayasan Sabah: www.ysnet.org.my

Yayasan Selangor: www.yayasanselangor.org.my

Yayasan Tenaga Nasional Berhad: yayasan.tnb.com.my

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN): www.yakin.kelantan.gov.my

Yayasan Terengganu: www.ytrg.terengganu.gov.my

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ): www.johordt.gov.my/ypj

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman: yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf

Yayasan Pelajaran MARA: http://www.ypm.org.my/index

Share/Save/Bookmark

 
 

HARI BERKABUNG MALAYSIA DAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 57 : DOA KESEJAHTERAAN BUAT MALAYSIA

22 Aug

Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan hari ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia. Bermakna lagi tujuh hari dari tarikh hari ini, rakyat Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-57.

Sudah 57 tahun kita bebas daripada dijajah oleh kuasa besar secara fizikal. Mudah-mudahan keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati hari ini akan berterusan hingga ke anak cucu dan seterusnya ke akhir usia dunia..…..

Kini kita boleh tidur lena, kerana negara kita boleh dikategorikan sebagai aman dan sejahtera. Hakikatnya, masih terdapat cabang penting yang belum merdeka iaitu minda dan budaya. Minda dan budaya liar masih menguasai rakyat Malaysia, sekaligus merencatkan pencapaian wawasan negara.

WASPADA..

Banyak peristiwa sedih dalam tempoh setahun ini yang menimpa rakyat negara kita Malaysia. Kehilangan MH370 belum lagi terjawab, MH17 pula ditembak. Ujian buat negara kita Malaysia. Barangkali tragedi-tragedi tersebut merupakan peringatan buat kita supaya lebih mendekatkan diri kepada Pencipta untuk menarik semula rahmat Allah s.w.t..

Hari ini diistiharkan sebagai Hari Berkabung Negara. Sebagai tanda simpati dan sedih, jom sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada roh mereka yang terlibat..Al-Fatihah. Semoga 1-2 minit yang kita laburkan untuk membaca Al-Fatihah tersebut akan memberi kesejahteraan kepada roh mereka. Tiada apa lagi yang lebih bernilai bagi mereka yang telah kembali kerahmatullah melainkan iman dan amal soleh.

Sama-sama kita panjatkan doa untuk kesejahteraan negara kita Malaysia. Dijauhi daripada bala bencana. Rakyat hidup aman dan makmur. Agama diamalkan di kota dan desa oleh semua peringkat, bukan hanya orang-orang tua tetapi juga generasi-generasi pelapis. Semoga dengan usaha kita ke arah memperbaiki amalan agama, akan menarik rahmat Allah dan menolak bala bencana.

Share/Save/Bookmark

 
 

CARA MEMOHON PROGRAM MATRIKULASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

20 Aug

Para pelajar yang berminat untuk memohon Program Matrikulasi perlu mendapatkan Nombor Pengenalan Individu (PIN) melalui mesin ATM di Bank Simpanan Nasional. Bayaran sebanyak RM6.00 akan dikenakan.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara online melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu : www.moe.gov.my

Ataupun terus sahaja klik pada link berikut untuk mengisi boring online:

http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/

Mulakan mengisi maklumat yang diperlukan

Jangan lupa, HANTAR boring permohonan yang telah diisi

Nota:

# Program yang ditawarkan: http://web.moe.gov.my/bmkpm/index.php/program-matrikulasi/110-program-yang-ditawarkan/350-prog-yang-tawar

# Penerangan Lanjut Cara memohon: http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Manual_mohon.cfm

# Panduan mengisi borang: http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Panduan_borang.cfm

Share/Save/Bookmark

 
 

Tips Melatih Anak-anak Berpuasa Di Bulan Ramadhan

23 Jun

Ramadhan Al-Mubarak akan tiba tak lama lagi setelah sebelas bulan menghilang. Ramadhan adalah bulan puasa bagi umat Islam. Berpuasa adalah rukun Islam yang ke-3. Lumrahnya suasana bulan puasa sangat meriah di seluruh dunia. Malah ada juga rakan-rakan yang bukan seagama turut serta tidak makan dan minum ketika umat Islam berpuasa. Tidak ketinggalan, kanak-kanak juga amat teruja untuk berpuasa bersama..  Berikut dikongsikan 10 tips mudah untuk melatih anak-anak kecil berpuasa.

1. Terangkan kepada anak-anak kelebihan berpuasa. Sungguhpun belum wajib bagi kanak-kanak tetapi mendatangkan pahala jika dilaksanakan dengan sempurna. Amalan puasa juga amat bermanfaat kepada kesihatan

2. Mulakan dengan setengah hari bagi umur 4-6 tahun. Biarkan waktu berbukanya setelah azan zohor bagi minggu pertama. Minggu berikutnya, waktu berbuka adalah apabila azan Asar. Manakala minggu ke-3, waktu berbukanya sama seperti orang dewasa iaitu ketika azan Maghrib. In sya Allah berhasil..dengan perlahan-lahan, terutama tahun pertama puasa.

3. Bagi anak-anak berumur 7 tahun ke atas, lazimnya mereka sudah mampu berpuasa seperti orang dewasa. Namun pastikan mereka memakan sahur. Sebaiknya terdapat kurma sebagai salah satu hidangan ketika sahur bagi membekal tenaga yang lebih lama in sya Allah.

4. Memberi galakan bukan paksaan. Dorongan dan kata-kata semangat untuk memotivasi mereka. Apabila mereka berpuasa dengan rela hati, mereka tidak rasa tertekan sebaliknya redho dengan susah payah mengharungi seharian berpuasa.

5. Janjikan hadiah atau ganjaran, sekiranya mereka berjaya berpuasa dengan cemerlang. Hadiah disampaikan setelah tamat bulan Ramadhan.

6. Seluruh ahli keluarga perlu tunjukkan ‘support’. Jangan pula ada orang yang lebih tua daripada mereka, tidak berpuasa.

7. Ajak mereka sekali bangun sahur. Untuk memudahkan mereka bangun sahur bersama kita, haruslah pastikan mereka tidur awal..

8. Sediakan mereka menu kesukaan, tanya mereka apa yang mereka nak makan kektika berbuka dan bersahur nanti.. Ini akan menambahkan semangat mereka untuk berpuasa.

9. Elakkan daripada mereka nampak makanan kegemaran seperti ais krim atau sebagainya semasa berpuasa. Sembunyikan dahulu pada waktu siang. Ini dapat mengurangkan kecenderungan mereka berbuka puasa sebelum tiba masanya.

10. Sibukkan mereka dengan aktiviti-aktiviti berfaedah terutama pada waktu petang seperti beriadah, bacaan ringan, bermain, melukis lukisan yang bertemakan kegembiraan berpuasa  dan seumpamanya. Oleh itu mereka kurang berfikir pasal makan atau lapar.

11. Pastikan makan tidak terlalu kenyang semasa berbuka. Makan buah dahulu. Ini juga point untuk melatih mereka supaya tidak berlebih-lebihan mengikut nafsu di samping mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Lepas solat Maghrib boleh sambung makan, itu pun jangan berlebih-lebihan.

Melatih anak-anak berpuasa merupakan tanggungjawab ibu bapa. Di samping sebagai latihan kepada anak-anak menjadi manusia yang taat, ibu bapa sedang menerima ganjaran daripada Allah s.w.t. Cantiknya Islam.

Pada zahirnya seolah-oleh membebankan kanak-kanak, tetapi sebenarnya mereka sedang dirangka untuk menjadi manusia yang seimbang dan cemerlang dari segi rohani, kebijaksanaan dan emosi.

# Puasa adalah ibadah yang memberi manfaat di dunia dan akhirat,

Salman radiallhu ‘anhu meriwayatkan:

Pada hari terakhir Sya’ban, Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada kami: “Wahai manusia, kini muncul kepadamu satu bulan yang besar (mulia), bulan yang tersangat berkat, terkandung di dalamnya satu malam yang terlebih tinggi nilainya daripada seribu bulan. Inilah bulannya Allah memfardhukan puasa pada siang hari dan menjadikan SOLAT TARAWIH sebagai sunnah pada malam hari. Sesiapa yang ingin menghampirkan diri kepada Allah melalui amalan baik pada bulan ini, maka akan dibalasi kepadanya dengan ganjaran seolah-oleh dia melakukan amalan fardhu di bulan lain pada tahun itu. Dan barang siapa melakukan amalan fardhu akan dibalasi kepadanya dengan tujuh puluh amalan fardhu pada bulan lain. Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran sejati adalah Jannah”

Share/Save/Bookmark

 
 

HARGAI JASA GURU – SELAMAT HARI GURU 2014

16 May

Hari ini, hari yang cukup bermakna dan bahagia buat para guru. Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.

Setiap orang mempunyai guru, tidak kira samada guru di peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universit atau pendidikan-pendidikan tidak formal. Hatta walaupun hanya dengan mengajar satu huruf juga merupakan guru kita.

Walaupun adanya sebilangan ibu bapa yang mempertikai kewibawaan sebahagian guru, namun ia hanyalah kes terpencil. Almaklumlah, tidak semua guru sempurna 100% dan mempunyai kekangan tertentu. Kelancaran tugas dan tanggungjawab guru berkait rapat juga dengan disiplin dan keperibadian pelajar sendiri.

Oleh itu, ibu bapa yang merupakan guru pertama anak-anak juga perlu menyediakan asas yang kukuh sebelum anak-anak melangkah ke sekolah.

Walau bagaimanapun, ramai anak-anak mulai membentuk matlamat hanya ketika berada di peringkat sekolah hasil motivasi dan dorongan daripada guru. Sesuai sekali dengan tema    “Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”.

Tumpuan, dorongan dan komitmen guru telah berjaya melahirkan ramai cendekiawan, ilmuan, hartawan, jutawan dan berbagai golongan yang dipandang tinggi di dalam masyarakat.

Hari Guru disambut meriah setiap tahun di berbagai peringkat sebagai simbul penghargaan atas jasa para guru. Walaupun demikian, jasa guru tetap juga tidak terbalas dengan hadiah-hadiah dan keraian. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa guru yang mendidik anak bangsa dengan penuh keikhlasan demi membentuk generasi berwawasan.

“SELAMAT HARI GURU” – Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

Share/Save/Bookmark

 
 

BOLEHKAH HARI IBU DISAMBUT OLEH UMAT ISLAM?

11 May

Sukar disangkal bahawa IBU merupakan orang terpenting di dalam hidup kita. Bersusah payah mengandungkan kita 9 bulan 10 hari. Melahirkan kita dan bersusah payah menjaga kita walaupun terpaksa melalui kehidupan sukar.

Hari ini Hari Ibu.

Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun diketahui umum sebagai Hari Ibu. Hari mengingati dan menyayangi Ibu pada tahun ini akan jatuh pada 11.5.2014.

Ulama’ berpendapat bahawa mengingati ibu TIDAK BOLEH hanya setahun sekali sebagaimana konsep asal Hari Ibu tetapi ibu mesti diingati setiap hari.. Dengan kata lain hari-hari adalah Hari Ibu..

Namun, tarikh khusus ini boleh dijadikan sebagai hari mengimbau pengorbanan ibu, berterima kasih, mungkin juga memberi sesuatu hadiah untuk kegembiraannya. Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
 

RESEPI IBU – PELUANG MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA IBU BAPA DAN ANAK MELALUI MASAKAN KEGEMARAN

27 Apr

Dewasa ini, ramai anak-anak meninggalkan kampung halaman, samada menyambung pelajaran ke IPT atau berkerja di luar daerah asal mereka. Tidak kurang juga di antara mereka meninggalkan kampung halaman dan ibu bapa kerana memasuki sekolah berasrama sejak tingkatan 1 lagi. Isu yang selalu timbul adalah anak-anak jarang balik ke rumah atau menghubungi ibu bapa yang jauh di kampung.

Apa yang lebih membimbangkan, apabila anak berpisah terlalu awal, pengaruh kawan lebih kuat berbanding pengaruh ibu bapa. Oleh itu jika hubungan ibu bapa dan anak tidak erat, anak tidak akan merindui ibu bapa. Justeru mereka lebih selesa berkongsi segala masalah yang dihadapi dengan rakan sebaya. Situasi ini menyebabkan ibu bapa tiada peluang membendung masalah anak daripada menjadi lebih serius khususnya masalah anak remaja.

Satu petua mujarab bagi membuatkan anak-anak sentiasa ingat kepada ibu bapa adalah melalui masakan kegemaran mereka. Tidak melibat kos yang banyak tetapi akan memberi kesan jangka panjang yang sangat bernilai buat ibu bapa.

Pastinya setiap ibu mengetahui apakah makanan kegemaran si anak. Malah si ibu juga sangat tahu apakah makanan kegemaran si ayah J. Ini merupakan satu peluang buat si ibu mencipta tarikan supaya anak-anak amat merindui ibu bapa walaupun setelah mereka dewasa kelak.

Sejak anak-anak masih kecil lagi, si ibu dapat mengenalpasti apakah makanan kegemaran anak-anak. Sejak itu juga ibu atau bapa patut melayan anak-anak dengan masakan kegemaran mereka yang dimasak sendiri oleh ibu atau bapa. Sekiranya ‘resepi ibu’ tersebut tinggi kosnya, bolehlah dijarangkan sedikit dan sekiranya makanan itu melibatkan kos yang rendah, maka bolehlah dibuat lebih kerap.

Sambil memasak, sebaiknya berzikir ‘ya latif’ sebanyak-banyaknya dengan niat menghadiahkan kepada anak-anak agar hati mereka lembut dan mudah menerima perkara yang baik-baik. Zikir ini tidak terhad ketika memasak sahaja tetapi boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Masakan kegemaran anak-anak berupaya menjadi ‘umpan’ untuk mengikat kerinduan terhadap ibu bapa dalam jangka panjang. Di samping itu ibu bapa dapat memantau perkembangan anak-anak dengan mudah serta berpeluang memberi nasihat. Doa berterusan ibu bapa diperlukan untuk menjayakan setiap hasrat ibu bapa. Wallahu ‘alam…

Share/Save/Bookmark

 
 

EXAMO : PEMAKANAN UNTUK MINDA BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN OTAK

23 Apr

Otak mempunyai peranan yang menakjubkan termasuklah mengawal suhu badan, tekanan darah, degupan jantung dan pernafasan. Otak juga mampu menerima lambakan maklumat dari persekitaran melalui deria penglihatan, pendengaran, hidu, rasa dan sentuhan.

Otak bukan sahaja mengawal pergerakan fizikal tetapi  juga membolehkan manusia berfikir, mimpi, mentaakul dan mengawal emosi. Semua peranan ini hanya dilakukan oleh organ yang saiznya Cuma sebesar dua genggaman tangan manusia.

Otak memerlukan keperluan nutrisinya yang tersendiri untuk berfungsi dengan sempurna. Otak boleh disuburkan dengan meningkatkan jumlah ramisaraf otak yang berhubung antara satu sama lain. Peranan ini boleh dibantu dengan pengambilan nutrisi yang sesuai untuk perkembangan minda.

Examo CKM 500 merupakan nutrisi strategic kepada sel otak, diformulasi dengan Garamtisu Biokimia Schuessler (BTS). Tubuh badan manusia terdiri daripada gabungan sel dan setiap sel ini memerlukan mineral garamtisu yang bertepatan dalam juzuk tertentu bagi membolehkannya sihat berkembang dan berfungsi dengan sempurna.

Kajian oleh Dr. Wilhelm Heinrich Schuessler, kekurangan atau ketidakseimbangan juzuk mineral ini akan membawa kepada keadaan tidak sihat dan mengundang penyakit.  Garamtisu Biokimia Schuessler (BTS) merupakan penyediaan khas dos-mikro 12 jenis mineral penting untuk tubuh. Kajian secara teori dan saintifik oleh Prof. Dr. Azizan Ismail mendapati 3 jenis mineral BTS diperlukan oleh sel otak dan saraf untuk subur dan berfungsi dengan baik. Mineral tersebut adalah Kalium, Kalsium dan Magnesium dalam kombinasi khusus yang diformulasikan menjadi Examo CKM 500 sejak tahun 1978.

Walaupun mengambil makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh juga menampung keperluan nutrisi otak, tetapi jarang ibu bapa yang sanggup menyediakan setiap hari tanpa halangan. Oleh itu produk berbentuk tablet mudah larut yang sedap dan disukai kanak-kanak serta mudah disimpan sangat sesuai bagi kecerdasan minda kanak-kanak.

Rangkaian Nutrisi Examo boleh didapati di SINI

Share/Save/Bookmark