Sememangnya pencipta lebih mengetahui tentang apa yang diciptanya. Sebagaimana pembuat sesuatu jenis kereta, pasti mengetahui kelamahan dan kekuatan kereta ciptaannya itu.
Justeru kita sebagai ciptaan Allah swt, pasti Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai makhluk ciptaannya. Al Quran dan hadis sebagai panduan. Rasulullah s.a.w sebagai teladan.
Makan dan minum adalah perintah Allah. Namun sekiranya dilaksanakan mengikut cara yang ditunjukki oleh Rasulullah s.a.w, berbagai manfaat akan diperolehi samada di dunia mahupun akhirat.
Berikut adalah cara-cara minum yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w:
■Membaca bismillah sebelum minum
■Membaca alhamdulillah selepas minum
■Minum menggunakan tangan kanan
■Minum sekurang-kurangnya tiga kali teguk, walaupun sedikit.
■Elak daripada menghembuskan nafas ke dalam air
■Jangan meniup ke dalam minuman samada panas atau sejuk
■Elak minum air yang terlalu panas
■Melihat ke dalam air dahulu sebelum minum
■Jangan minum sekiranya terdapat semut di dalam air
■Elak bahagian gelas yang sumbing semasa minum
■Duduk ketika minum kecuali air zam-zam
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya memberikan minuman kepada Nabi s.a.w. dari air zamzam, beliau minum sambil berdiri.” (Muttafaq ‘alaih)