RSS
 

PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 2014 DAN PENGGANTIAN PMR KEPADA PT3

21 Mar

Penangguhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah akhirnya sedia diteruskan semula dengan penambahbaikan bermula pada 1 April 2014 akan datang.

Bebanan tugas guru yang dipikul para guru selama ini akan berkurangan dengan penambahbaikan ini. Tiada lagi pengisian data secara online yang mana merupakan salah satu masalah utama dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebelum ini. Melalui penambahbaikan ini guru akan simpan data dalam sistem offline dan boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru berkenaan.

Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab menyediakan soalan-soalan mengikut pemberatan susah, kurang susah dan senang. Pentaksiran peringkat sekolah tersebut akan diverifikasi oleh pasukan khas Lembaga Peperiksaan bagi mengelak ketidakseragaman antara sekolah.

Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya akan digunakan untuk menilai kelayakan para pelajar bagi memasuki sekolah-sekolah tertentu seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta sekolah menengah teknik dan kolej-kolej vokasional.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilihat selari dengan keperluan pendidikan kontemporari yang menekankan proses bukannya jumlah kandungan. Kalau dulu, penilaian berorientasi peperiksaan, pelajar disumbat dengan maklumat, lepas tu peperiksaan, kemudian masuk universiti. Ada di antara mereka capai straight A dalam SPM tetapi tidak boleh memimpin, tidak pandai berkomunikasi, tidak dapat berfikir dengan kritis dan berbagai kelemahan yang tidak seharusnya ada pada seorang pelajar pintar.

Pada zaman ini, pelajar boleh dapat maklumat dengan mudah dan cepat, malah kadang-kadang lebih cepat daripada guru. Oleh itu Penilaian Berasas Sekolah (PBS) dengan pendekatan PROSES membolehkan pelajar mengeluarkan potensi diri yang ada dan diasah serta amat berguna untuk kerjaya kelak.

Sejauhmana kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah bergantung kepada guru dan murid yang terlibat. Peranan guru lebih penting daripada sistem walaupun sistem itu hebat. Semoga dengan penambahbaikan ini akan membolehkan para guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dengan jayanya serta memberi impak yang diharapkan.

Terima kasih cikgu…

>>> Download Nota PBS di SINI<<<

Share/Save/Bookmark

 
 

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply