RSS
 

Panduan Penggunaan Media Sosial Kepada Kanak-kanak

30 Apr

media2

Internet bukan lagi suatu yang janggal pada zaman ini. Walaupun tidak boleh dinafikan kebaikan internet kepada manusia, namun gejala negatif tetap wujud. Samada penyalahgunaan internet oleh pengguna atau peribadi pengguna terancam dengan jenayah siber.

Apa yang menjadi kebimbangan para ibu bapa adalah risiko yang menanti anak-anak apabila mereka berinternet. Terlalu banyak kecenderungan hadirnya risiko dan gejala negatif, samada menerusi blog, Youtube, Facebook, Whatsapp, Telegram dan sebagainya.

Apatah lagi penggunaan smartphone yang begitu meluas kini. Melayari internet dan bersosial menjadi lebih mudah dengan penggunaan smartphone.

Beberapa tips penting diketengahkan untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa untuk membimbing anak-anak menjadi pengguna internet sihat di alam siber.

1. Mendidik Dengan Peraturan

Mendidik ke arah penggunaan internet yang sihat lebih berkesan daripada menghukum atau menghalang anak-anak melakukan aktiviti tidak sihat di internet. Selalulah memperingati anak-anak tentang baik dan buruk penggunaan internet. Luang masa bersama mereka. Sekiranya mereka faham baik buruk internet, mereka akan mengakses dengan kesedaran dan beretika. Ini amat penting jika anak-anak menggunakan internet melalui smartphone kerana pemantauan sukar dilakukan.

2. Dorongan kepada aktiviti sihat dan berfaedah

Bantu anak-anak memilih aktiviti bermanfaat sahaja di internet. Apabila kita melarang mereka daripada aktiviti tidak sihat, perlulah memberi mereka pilihan kepada aktiviti berfaedah. Contohnya penerokaan maklumat di Wikipedia dan blog-blog ilmiah, membina dan meng’update’ blog sendiri untuk faedah orang lain dan sebagainya.

3. Jangan mudah mempercayai rakan siber.

Seringkali kita mendengar kes-kes penipuan di internet. Ianya berpunca daripada mudahnya pengguna mempercayai rakan siber. Oleh itu sebaiknya kita mengambil sikap tidak mudah mempercayai dan berhati-hati. Terapkan sikap tersebut kepada anak-anak.

4. Pengawasan yang konsistan

Awasi anak-anak secara berterusan. Sikap boleh berubah dalam sekelip mata sebab segalanya semakin pantas secara online. Oleh itu pengawasan perlu dilakukan secara konsistan oleh ibu bapa.

5. Tempatkan computer di ruang terbuka.

Sekiranya internet diakses melalui computer, lokasi computer tersebut hendaklah di tempat terbuka di dalam rumah. Ianya bertujuan memudahkan pemantauan selain memudahkan kita membantu mereka di dalam aktiviti berfaedah. Kecenderungan melawat laman-laman tidak bermoral juga akan berkurang.

6. Membataskan masa

Hadkan masa penggunaan internet kepada anak-anak. Imbangi penggunaan internet dan aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat. Utamakan aktiviti lain yang lebih bermanfaat.

7.  Mengawasi rakan media sosial anak

Sekiranya didapati terdapat kelakuan dan teks yang meragukan daripada rakan-rakan anak, halang mereka daripada terus berhubung. Segera ambil tindakan bagi mengelak sebarang jenayah siber dan penipuan.

8. Sumber Motivasi

Penggunaan internet boleh dijadikan sebagai ganjaran memotivasi anak belajar. Contohnya, benarkan mereka melayari internet selama setengah jam setelah belajar 2 jam di rumah. Ini merupakan serampang dua mata; di samping sebagai ganjaran, pada masa yang sama ibu bapa boleh menentukan jumlah masa penggunaan internet.

9. Sembunyikan maklumat peribadi

Maklumat peribadi sangat berharga. Risiko jenayah siber dapat dikurangkan dengan menyembunyikan maklumat peribadi. Beri maklumat paling asas sahaja sekiranya perlu. Contohnya jika kita membuka akaun email, beri hanya maklumat yang wajib sahaja.

10. Utamakan wifi atau modem sendiri

Penggunaan wifi atau modem sendiri adalah lebih selamat khususnya jika kita menggunakan laman web yang memerlukan kita mengisi maklumat peribadi seperti internet banking dan sebagainya.

# wifi percuma kurang selamat kerana maklumat peribadi kita turut disimpan oleh orang lain.

Share/Save/Bookmark

 
 

Tags: , ,

Leave a Reply