RSS
 

Score A Programme™ – Pembelajaran Input dan Output Terkini

02 Feb

Setiap awal tahun pihak sekolah dan ibu bapa akan merancang untuk membantu anak-anak atau pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan ‘besar’ samada UPSR, SPM dan sebagainya. Ibu bapa mahukan anak cemerlang di dalam pelajaran, pihak sekolah juga mahu peratus pencapaian sekolah meningkat setiap tahun.

’Score A Programme™’ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang interaktif meliputi pembelajaran ’input’ dan pembelajaran ’output’ untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan dengan persediaan yang cukup.

Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.

Manakala ibu bapa dapat memantau 24 jam melalui computer. Pemantauan juga boleh dilakukan melalui perkhidmatan sms. Dengan ini pemantauan dapat dilakukan dengan lebih kerap dan berterusan.

Score A Programme adalah program pembelajaran melalui komputer dan internet yang berkonsepkan latih-tubi. Adalah amat ditegaskan disini bahawa Score A Programme diwujudkan BUKAN untuk menggantikan buku ataupun sekolah TETAPI adalah untuk melengkapkan sistem pendidikan sedia ada di Malaysia bagi pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5 supaya lebih bersedia menghadapi peperiksaan.

Lawati laman berikut untuk keterangan lanjut..

Laman Penarangan  : www.anakpintar2u.com/scorea2u

Program Score A      : www.scorea.com

Untuk Demo (percubaan) : www.scorea.com.my/eng/demo.cfm

(masukkan password = 82828)

Share/Save/Bookmark

 
 

Tips Memotivasi Anak Belajar

02 Jan

Pejam celik, pejam celik.. cuti panjang persekolahan 2011 dah pun berakhir. Kini ibu bapa mulai sibuk membuat persiapan terakhir buat anak-anak yang mulai bersekolah minggu ini. Persiapan tidak seharusnya tertumpu kepada barang-barang keperluan sekolah semata-mata. Persediaan mental yang berupa motivasi juga perlu diberi perhatian terutama bagi anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar tahun 2012. Ada kanak-kanak yang mempunyai motivasi belajar yang konsisten, ada pula yang sebaliknya. Walaupun ibu bapa tidak mampu menyumbang 100% motivasi kepada anak untuk belajar, sekurang-kurangnya dapat membantu meningkatkan motivasi anak-anak mereka dengan keupayaan yang ada. Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memotivasi anak belajar.

1. Penetapan matlamat. Sekiranya anak-anak mempunyai cita-cita yang tinggi dan jelas, mereka akan mempunyai semangat belajar yang tinggi berbanding dengan anak-anak yang kabur tentang cita-cita dan matlamat hidup. Bantu mereka untuk menentukan matlamat dan cita-cita, perkukuhkan dari semasa ke semasa.

2. Menyediakan tempat belajar yang mempunyai persekitaran belajar yang sesuai untuk pembelajaran. Tidak semestinya bilik khas yang mewah, meja makan juga boleh dimanfaatkan sebagai meja belajar. Yang penting cukup cahaya, pengudaraan yang baik, jauhkan daripada kebisingan, tv, video games dan seumpamanya ketika belajar.

3. Menetapkan masa, dan belajar bersama. Ibu bapa perlu berbincang dan menetapkan masa belajar anak. Peruntukkan masa belajar bersama anak-anak bagi mendorong semangat belajar.

4. Menghargai usaha anak. Memuji pencapaian dan bukan hanya memuji kemampuan otak. Kadang-kadang kepintaran anak tak seberapa menyerlah, oleh itu dengan memuji usaha yang dilakukan akan meningkatkan prestasi mereka untuk pencapaian yang seterusnya. Contohnya “Tahniah kerana Farid telah berusaha menulis dengan kemas sekali”… ini adalah kata-kata pengukuhan untuk mengekalkan tabiat baik anak tersebut.

5. Gunakan perkara-perkara kesukaan mereka untuk mendorong diri mereka belajar. Katakan mereka suka bermain games, beri peluang mereka bermain games minda setelah selesai 1-2 jam belajar. Sekiranya mereka suka sesuatu barang permainan, hadiahkan permainan tersebut setelah mereka dapat menunjukkan sesuatu pencapaian yang memuaskan atau menunjukkan prestasi yang baik.

6. Tidur dan rehat yang mencukupi. Nampak macam remeh, tetapi tidur yang cukup juga mampu meningkatkan motivasi anak belajar serta bersedia menghadapi pembelajaran keesokan harinya……

Demikianlah beberapa langkah mudah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mendorong anak belajar … Semoga ianya dapat dipraktikkan.

“SELAMAT TAHUN BARU 2012”

Share/Save/Bookmark

 
 

Keputusan Peperiksaan PMR 2011

23 Dec

Keputusan peperiksaan PMR baru sahaja diumumkan dengan rasminya. Debaran ibu bapa dan calon-calon yang terlibat selama ini telah berakhir. Sememangnya telah menjadi adat di dalam peperiksaan, ada yang cemerlang dan ada yang kurang bernasib baik.

Pencapaian Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini adalah dilaporkan sebagai keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata.

Seramai 34,271 atau 7.77 % daripada 448,738 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mencatatkan keputusan A bagi semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.75 peratus atau 3,408 pelajar berbanding 2010.

Tahniah buat pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang. Bagi mereka yang kurang cemerlang, jangan berputus asa dan teruskan berusaha untuk meningkatkan pencapaian di dalam peperiksaan-peperiksaan yang akan dating. Jadikan kekurangan PMR untuk tingkatkan usaha bagi pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lebih penting dua tahun akan datang.

Walau bagaimanapun halatuju selepas SPM yang akan datang perlu dirancang dari sekarang berdasarkan minat dan potensi pelajar. Bagi ibu bapa yang kurang arif tentang peluang-peluang yang terdapat di Malaysia, eloklah merujuk kepada kaunselor-kaunselor sekolah untuk memastikan pemilihan sekolah dan subjek di tingkatan 4 yang lebih sesuai.

>>>>>>>>>>>>>>>

Untuk semakan keputusan secara SMS:
tuliskan: PMR [no KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888

Semakan secara Online:
Lawat laman web berikut http://saps.moe.gov.my

Share/Save/Bookmark

 
 

Aktiviti Cuti Sekolah Anak

18 Nov

<<Sedutan Khutbah Jakim: Jumaat 18 November 2011>>

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “ MUTIARA HATI ”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Anak merupakan anugerah dan nikmat yang terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Mutiara hati bagi pasangan ibu-bapa ini akan menjadi saham dan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda sekiranya mereka dididik dan di bentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh. Sebaliknya, jika mereka di abaikan tidak mustahil akan menjadi anak yang terbiar dan pada masa akan datang akan menjadi sampah kepada masyarakat dan negara. Justeru memiliki anak yang soleh serta baik budi pekertinya menjadi impian setiap ibu-bapa dan keluarga sebagaimana kisah Nabi Zakaria AS yang telah lanjut usia tetapi belum dikurniakan anak untuk menjadi pewaris keturunannya. Lalu Nabi Zakaria AS memohon dengan berdoa kepada Allah SWT agar di kurniakan anak-anak yang soleh. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 38:

Bermaksud; Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
No Comments

Posted in Semasa

 

Keputusan Peperiksaan UPSR 2011

17 Nov

Keputusan rasmi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 telah diumumkan hari ini oleh Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia. Seramai 46,012 orang daripada 497,691 calon telah memperolehi pencapaian cemerlang semua A mengikut Grade Purata Nasional (GPN). Merupakan rekod terbaik sejak tahun 2008.

Walaupun UPSR cuma ujian penilaian peringkat sekolah rendah, tetapi ianya merupakan tiket atau kelayakan penting untuk memilih sekolah yang terbaik buat anak-anak meneruskan persekolahan.

Kini, keputusan UPSR boleh diketahui dengan lebih pantas dengan menyemak melalui kemudahan SMS. Semakan keputusan UPSR melalui SMS boleh dilakukan dengan cara menaip ’UPSR (angka giliran)’ dan hantar ke 15888. Kalau dulu kena pergi sekolah dahulu baru tahu keputusan, tetapi kini anak-anak pun dah tak boleh sembunyikan keputusan mereka :).

Tahniah buat anak-anak dan ibu bapa yang telah membantu anak-anak berjaya cemerlang di dalam UPSR 2011. Pastilah sedang sibuk mencari tempat yang sesuai untuk menyambung persekolahan anak seterusnya. Selidiki betul-betul sekolah yang akan dimasuki kelak. Sebaik-baiknya bersesuaian dengan minat dan cita-cita mereka, bukan berdasarkan keputusan akademik semata-mata. Jika sekolah berasrama; Sekolah yang mempunyai rekod membentuk sahsiah pelajar yang baik seharusnya menjadi pilihan.

Bagi ibu bapa yang mana keputusan UPSR anak tidak sebagaimana diharapkan, jangan kecewa. Walaupun pemilihan sekolah bagi mereka agak terhad, peluang anak-anak tersebut masih luas. Kegagalan kali ini boleh ditebus pada peperiksaan-peperiksaan seterusnya. Malah, jangan mengukur kecemerlangan anak-anak di dalam akademik semata-mata, terokai potensi mereka yang boleh diketengahkan. Manusia sebagai ciptaan yang terbaik pastinya tiap seseorang mempunyai kelebihan tersendiri selain kecemerlangan akademik.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan analisis keputusan UPSR 2011, bolehlah download laporan analisis melalui link berikut:

Analisis UPSR 2011 – KLIK SINI

p/s:
1. Kejayaan, bakat dan kebolehan bukannya dalam akademik semata-mata
2. Adakalanya kegagalan merupakan sebagai ujian buat ibu bapa di dalam mendidik anak
3. Ibu bapa perlu bermuhasabah dan mengenalpasti tindakan yang belum diambil untuk membantu anak-anak

Share/Save/Bookmark

 
 

Tips Membantu Anak-anak Menghadapi Peperiksaan

26 Sep

Demam peperiksaan sudah bermula bagi musim ini. Bukan sahaja calon-calon peperiksaan yang berdebar-debar, ibu bapa juga turut tak senang duduk. Malah sesetengah ibu bapa lebih risau berbanding calon peperiksaan sendiri. Almaklumlah ibu bapa telah banyak berkorban samada dari segi masa, tenaga atau wang ringgit demi melihat anak cemerlang. Lantaran, peperiksaan-peperiksaan utama merupakan pengukur kejayaan anak-anak terhadap apa yang telah mereka usahakan selama ini.

Bagi memastikan anak-anak mengekalkan usaha yang berterusan untuk belajar pada saat-saat sebelum menghadapi peperiksaan dan dapat menjawab dengan baik di dewan peperiksaan, ibu bapa masih berperanan penting untuk membantu anak-anak mereka.

Berikut adalah beberapa tips ringkas yang boleh digunakan oleh para ibu bapa un Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
 

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1432H

28 Aug

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera… Kami ingin mengambil kesempatan di sini memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan selama ini kepada semua sahabat handai serta para pelawat. Sebagai insan biasa, pastinya banyak kekurangan dan kelemahan kami khususnya di dalam urusan yang melibatkan komunikasi samada semasa menulis di dalam blog atau e-mail…. Maka itu kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga…

“Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegar jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.”
SALAM EIDULFITRI – MAAF ZAHIR BATIN

Share/Save/Bookmark

 
No Comments

Posted in Semasa

 

Puasa Merangsang Kecerdasan Intelek, Emosi dan Rohani

11 Aug

 

Puasa merupakan amalan rohani yang mempunyai berbagai hikmah. Sempena bulan Ramadhan ini, izinkan kami titipkan sedikit maklumat mengenai manfaat ibadah puasa terhadap meningkatkan kecerdasan minda anak-anak..

Sebagaimana diketahui umum bahawa, pelbagai kecerdasan terdapat pada diri seseorang anak dengan tahap yang berbeza-beza. Bagi ibu bapa yang berjaya megesan dari awal, dapatlah menggarap kecenderungan tersebut supaya mantap dan berkembang dengan lebih jauh.. Puasa terbukti berupaya merangsang berbagai kecerdasan; sekurang-kurangnya tiga kecerdasan utama iaitu intelek, emosi dan rohani sekaligus.

Intelek (IQ): Ketika perut dan usus melakukan pencernaan, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada proses penghadaman. Sebaliknya ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah berpeluang memberi tumpuan kepada otak untuk meningkatkan daya berfikir dan ketajaman fikiran. Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
1 Comment

Posted in Pendidikan

 

KEAJAIBAN KURMA

21 Jul

Kurma atau tamar atau nama botaninya, Phoenix dactylifera adalah sejenis buah-buahan yang kaya dengan nutrien, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kesihatan tubuh dan otak. Buah kurma berupaya memulihkan tenaga setelah seharian berkerja. Setiap kali kita makan kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh bertindak serta merta berbanding buah-buahan lain yang terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzime sebelum bertukar menjadi glukosa dan seterusnya barulah dapat diserap oleh tubuh sebagai tenaga. Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
1 Comment

Posted in Pendidikan

 

MEMBACA CEPAT (SPEED READING)

20 Jul


Antara sebab kenapa ramai di kalangan rakyat Malaysia kurang membaca ialah masalah ‘lambat membaca’ atau tidak menguasai kaedah membaca cepat. Pada zaman lambakan maklumat kini, kaedah membaca cepat perlu dipraktikkan samada untuk memperolehi maklumat daripada buku-buku fizikal, e-book, blog, facebook, whatsapp, telegram atau sebagainya.

Kebolehan membaca cepat membolehkan kita memperolehi maklumat yang banyak dalam masa yang singkat. Jangan terkejut kalau anda boleh membaca 2-3 kali lebih cepat dengan kaedah membaca cepat. Banyak masa dijimatkan atau… lebih maklumat diperolehi…

Secara ringkasnya membaca cepat adalah; pada peringkat permulaan, membaca dengan menggerakkan mata setiap 3-4 patah perkataan. Berbanding kebiasaannya kita menggerakkan mata perkataan demi perkataan. Jarak antara mata dengan bahan bacaan adalah 30cm bagi membolehkan pergerakan mata berlaku dengan efektif.

Tingkatkan jumlah perkataan bagi setiap kali gerakan mata dari semasa ke semasa. Dengan ini kepantasan membaca anda akan terus meningkat dengan latihan yang berterusan.

Tahukah anda bahawa kebolehan membaca cepat (speed reading) dapat meningkatkan keupayaan otak bekerja lebih cekap? Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark