RSS
 

PENDIDIKAN MELALUI GAMES

17 Jun

 

Games dan komputer memang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anak-anak kita pada zaman sekarang. Anak-anak kita dah tak kenal permainan-permainan seperti batu seremban, congkak dan berbagai-bagai lagi permainan kanak-kanak dahulu. Permainan-permainan tersebut hampir pupus ditelan zaman. Kini ia hanya tinggal dalam kenangan kita sahaja.

Kita terpaksa terima hakikat bahawa sekarang adalah zaman games, komputer dan internet. Memang benar, games, komputer dan internet boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada anak-anak kita. Namun untuk menghalang mereka daripada arus teknologi ini bukanlah merupakan satu tindakan yang bijak. Oleh itu, kita perlu fikirkan satu tindakan yang tidak meminggirkan anak-anak kita daripada arus perkembangan teknologi ini tanpa merosakkan akhlak dan pemikiran mereka. Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
 

SUDOKU UNTUK TAJAMKAN MINDA

05 Jun

Sudoku merupakan satu lagi permainan yang dapat meningkatkan ketajaman minda. Permainan minda yang berasal diri Jepun ini mula diperkenalkan pada tahun 1979 dan mulai mendapat tempat di peringkat antarabangsa pada tahun 2005. Nama Su-doku adalah berasal daripada perkataan Suji Wa Dokushin Ni Kigaru yang bermaksud angka tunggal.

Permainan Sudoku adalah aktiviti penyusunan nombor-nombor tunggal dengan memenuhi syarat-syarat tertentu.

Sudoku terdiri daripada 9×9 kotak yang dibahagi dalam 3×3 kotak kecil (sel) yang biasa disebut area (mini-grid).

Pemain dikehendaki mengisi sel-sel kosong dengan angka 1-9 (setiap sel hanya satu angka dibenarkan) Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
 

SELAMAT HARI IBU

09 May

Selamat Hari Ibu buat semua ibu biar di mana berada… :)

Setiap orang ada ibu melainkan Nabi Adam Alaihissalam. Walaupun kita sudah menjadi seorang ibu, masih juga ada ibu yang melahirkan kita. Oleh itu setiap orang mempunyai peluang untuk menyatakan syukur dan terima kasih kepada ibu masing-masing. Pengorbanan yang mereka lakukan di sepanjang membesarkan anak-anak tidak patut dilupakan.

Namun ada juga yang tidak sempat berbakti kepada ibu kerana ibunya meninggal dunia terlalu awal, semasa dia masih tidak mengerti apa-apa. Walaupun demikian dia masih lagi berpeluang mendoakan agar roh ibunya sentiasa dicucuri rahmat oleh Yang Maha Kuasa. Setiap amal baiknya yang dilaksanakannya akan diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t kepada ibunya selain dia sendiri yang memperolehi ganjaran tersebut.

Sempena Hari Ibu, ayuh kita memanjatkan kesyukuran kehadrah Allah swt yang mengurniakan kita seorang ibu. Dan juga kita menunjukkan terima kasih kita kepada ibu kita dalam apa jua cara yang kita mampu.

“Terima Kasih Ibu – Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu”

Share/Save/Bookmark

 
 

Bahaya Minuman Berkarbonat

26 Apr

minuman bergas

Hampir semua orang tahu bahawa minuman berkarbonat tidak baik untuk kesihatan, khususnya kesihatan kanak-kanak. Pengambilan berterusan di kalangan kanak-kanak bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal, malah turut menjejaskan minda. Oleh kerana risiko pengambilan minuman ini tidak berlaku serta merta, maka ramai yang tidak memandang serius dan berdiam diri.

Sejak kebelakangan ini, pihak ibu bapa, juga pihak kerajaan mulai bimbang terhadap tabiat pemakanan tidak sihat murid sekolah di sekolah-sekolah seluruh Malaysia khasnya minuman berkarbonat. Maka, pelbagai saranan telah diketengahkan oleh berbagai pihak termasuk menghalang penjualan minuman berkarbonat di sekolah. Adakah anda setuju dengan pandangan ini? Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
 

KE MANA HALA TUJU ANAK-ANAK LEPASAN SPM

29 Mar

Debaran menanti keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 telah berakhir dengan pengumuman rasmi keputusan peperiksaan berkenaan pada 23 Mac 2011 yang lalu. Apa yang telah tercatat pada slip keputusan berkenaan tentunya tidak dapat diubah lagi. Sebaliknya apa yang lebih penting adalah menentu haja tuju seterusnya berdasarkan minat, cita-cita dan keputusan yang diperolehi. Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
 

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2010 DAH KELUAR!!

24 Mar

Hari ini, 23 Mac 2011, keputusan peperiksaan SPM 2010 telah keluar dengan rasminya. Sesiapa yang terlibat, tentunya berdebar-debar untuk mengetahuinya. Bukan sahaja para pelajar yang menduduki peperiksaan, malah ibu bapa, keluarga terdekat, sahabat dan ramai lagi yang ternanti-nanti keputusan peperiksaan diumumkan.

Keputusan keseluruhan yang baru sahaja diumumkan, dikatakan keputusan terbaik dalam tempoh 4 tahun, menurut Datuk Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Seramai 368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,987 pada 2009 yang lalu. Di samping keputusan yang boleh dibanggakan bagi tahun ini, lebih 2000 pelajar memperolehi semua G (gagal) :(

Bagi ibu bapa kepada pelajar yang terlibat, walau apapun keputusan SPM anak mereka tentunya sudah mula mengatur strategi yang sesuai untuk mengarah masa depan anak-anak lepasan SPM demi mengejar cita-cita. Namun ramai juga ibu bapa yang tidak tahu untuk merancang ke mana arah tuju anak-anak mereka selepas ini.

Pengetahuan yang kurang di kalangan ibu bapa, menyebabkan ada anak-anak yang tidak mendapat peluang terbaik untuk menggilap potensi bagi mencapai kejayaan yang sepatutnya. Sementara itu, beribu-ribu lepasan SPM tahun-tahun lalu yang masih mencari-cari peluang yang sesuai, merupakan pesaing kepada calon-calon yang baru memperolehi keputusan SPM. Malah masih ramai lepasan SPM yang memiliki keputusan cemerlang tetapi masih belum mendapat tempat di universiti.

Ibu bapa dan pelajar perlu mendapatkan maklumat yang cukup dan tepat supaya keputusan yang tepat dapat dibuat bagi menentu arah tuju anak-anak lepasan SPM.

Share/Save/Bookmark

 
 

MENDIDIK ANAK DENGAN KASIH SAYANG

24 Feb

Mendidik anak dengan ikhlas, sungguh-sungguh dan penuh kasih sayang akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil. Malah anak-anak lebih cenderung mentaati dan menghormati ibu bapa yang menggunakan pendekatan yang sedemikian.

Sebuah hadis Rasulullah s.w.t. bermaksud:

“Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perlu dibesarkan melalui kasih sayang lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Peringkat remaja merupakan fasa yang kritikal kerana banyak pengaruh luar sedang menarik perhatian mereka. Menurut kajian, persekitaran dan rakan lebih berpengaruh berbanding ibu bapa pada usia remaja. Oleh itu Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang tetapi hendaklah dalam bentuk yang sesuai, dan bukan dengan kebendaan semata-mata bagi meraih pengaruh daripada anak-anak. Walau bagaimanapun tempoh masa amat diperlukan bagi menzahirkan betapa anda mencintai dan menghargai mereka dengan kasih sayang.

8 tips mempamerkan kasih sayang ibu bapa kepada anak Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
 

FORMULA ANAK MENDENGAR KATA

17 Jan

Sudah 2 minggu berlalu musim persekolahan bermula. Anak-anak yang dah cukup umur dah mula bersekolah samada di TASKA, TASKI, PASTI dan macam-macam lagi nama yang membawa erti pra-sekolah dengan berbagai pendekatan. Berbagai ragam anak-anak yang baru menempuh alam persekolahan sering kita dengar. Ada yang menangis sehingga ibu bapa kena tunggu, ada yang terlalu happy dan sebagainya. Di sebalik ragam anak-anak tersebut, ramai ibu bapa mula risau kerana anak-anak sudah menempuh persekitaran baru yang bakal mempengaruhi minda dan tingkahlaku anak-anak.

Setelah 4-6 tahun kita membentuk peribadi anak-anak di rumah, kini kita terpaksa berdepan dengan satu cabaran yang tidak kurang hebatnya. Mengikut kajian yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia mendapati bahawa pengaruh kawan-kawan lebih berkesan daripada pengaruh ibu bapa dan guru.

Akhir-akhir ini, kami kerap menerima email daripada sahabat-sahabat yang meminta pandangan tentang anak-anak yang tidak mendengar kata sedangkan anak-anak tersebut tidak mempunyai masalah IQ. Mereka bimbang jika sikap tersebut dibiarkan berlarutan, besar kemungkinan anak-anak tidak mempedulikan ibu bapa ketika sudah dewasa kelak. Walaupun kebanyakan ibu bapa tidak mengharap jasa mereka dibalas tetapi alangkah bahagianya jika anak-anak mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka.

Sehubungan dengan itu, seorang sahabat saya telah menerbitkan sebuah ebook bertajuk FORMULA ANAK MENDENGAR KATA yang memuatkan tips yang berguna untuk menangani masalah anak tidak mendengar kata. Kehadiran ebook tersebut amat dialu-alukan pada ketika ini sebagai panduan berguna kepada ibu bapa.

Sinopsis ebook tersebut boleh dilihat dengan klik pada banner di bawah.

Setelah saya membaca ebook tersebut, saya rasa semua ibu bapa perlu memilikinya kerana banyak tips / formula berguna dan praktikal yang boleh diamalkan untuk memperkasakan lagi pendidikan anak supaya lebih cemerlang di dunia dan akhirat.

Share/Save/Bookmark

 
 

SELAMAT MENEMPUH TAHUN BARU 2011

02 Jan

 

Saban tahun ada saja azam lama yang tak tertunai… (tak semua orang :) ) Tak apa. Sekurang-kurangnya apabila muncul sahaja tahun baru, kita pun terfikir juga untuk muhasabah diri samada azam tahun sebelumnya dah tertunai atau tertunggak. Sekiranya sudah tertunai.. Alhamdulillah. Sekiranya tertunggak, maka di sinilah titik permulaan yang baru untuk menyempurnakan azam tersebut. Sebaliknya jika azam tersebut tidak baik, pastilah pada tahun ini kita perlu ketepikan dan lupakan buat selamanya.

Apa yang pasti, cabaran terhadap pendidikan anak semakin meningkat dari tahun ke tahun khususnya bagi anak-anak di peringkat remaja. Kalau dulu kita takut budaya kuning dari Barat masuk ke negara kita. Kini berbagai budaya kuning sudah ada di dalam negara. Tidak mustahil budaya seumpama itu akan masuk ke rumah-rumah kita sekiranya anak-anak  tidak mempunyai ilmu dan iman yang teguh untuk menolaknya  Fenomena ini menuntut ibu bapa dekad ini lebih kreatif dan peka di dalam usaha membentuk kecemerlangan anak-anak.

Pada kesempatan ini (TAHUN BARU), kami ingin menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang menulis di blog yang tak seberapa ini. Mungkin juga ada di antara pembaca yang tersinggung dan terguris…. ampun maaf dipinta..

Semoga tahun ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk memperolehi pencapaian yang lebih cemerlang daripada tahun lepas di dalam apa jua bidang yang diceburi.

Share/Save/Bookmark

 
 

Memperkasa Pendidikan Anak Musim Cuti Sekolah

04 Dec

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat serta umat Islam yang dikasihi sekalian. Marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Tajuk khutbah yang akan dibicarakan pada hari ini ialah: “MEMPERKASA PENDIDIKAN ANAK-ANAK MUSIM CUTI SEKOLAH”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar Jumaat pada hari ini ingin menarik perhatian para jemaah sekalian bahawa cuti sekolah telah bermula. Inilah masa yang paling seronok buat anak-anak kita untuk melarikan diri sementara dari alam persekolahan. Tempoh yang agak panjang dan banyak perkara boleh mempengaruhi perilaku anak-anak. Jika anak-anak melalui tempoh tersebut dengan kegiatan bermanfaat, seperti membaca, mengulangkaji pelajaran, memperdalamkan ilmu fardhu ain, melazimkan diri ke masjid dan surau dan seumpamanya, maka anak-anak akan berpotensi menjadi generasi cemerlang, sebaliknya jika mereka menghabiskan tempoh masa tersebut dengan aktiviti yang tidak berfaedah, seperti menonton program hiburan melampau, menyalahgunakan internet, membaca majalah-majalah hiburan dan sebagainya, maka tergugatlah masa depan mereka.

Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark