RSS
 

Puasa Merangsang Kecerdasan Intelek, Emosi dan Rohani

11 Aug

 

Puasa merupakan amalan rohani yang mempunyai berbagai hikmah. Sempena bulan Ramadhan ini, izinkan kami titipkan sedikit maklumat mengenai manfaat ibadah puasa terhadap meningkatkan kecerdasan minda anak-anak..

Sebagaimana diketahui umum bahawa, pelbagai kecerdasan terdapat pada diri seseorang anak dengan tahap yang berbeza-beza. Bagi ibu bapa yang berjaya megesan dari awal, dapatlah menggarap kecenderungan tersebut supaya mantap dan berkembang dengan lebih jauh.. Puasa terbukti berupaya merangsang berbagai kecerdasan; sekurang-kurangnya tiga kecerdasan utama iaitu intelek, emosi dan rohani sekaligus.

Intelek (IQ): Ketika perut dan usus melakukan pencernaan, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada proses penghadaman. Sebaliknya ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah berpeluang memberi tumpuan kepada otak untuk meningkatkan daya berfikir dan ketajaman fikiran.

Emosi (EQ): Dengan berpuasa, emosi kita akan terdidik dan berubah kepada yang lebih stabil dan rasional. Orang yang berpuasa perlu bersabar menunggu waktu berbuka dan menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa. Sifat pemarah akan berkurang, lebih bersimpati dan memahami perasaan orang lain, hati jadi lembut dan berbagai-bagai lagi perkara positif berkaitan emosi.

Rohani (SQ): Berpuasa menguatkan rohani. Lebih dekat dengan Pencipta dan membangkitkan rasa syukur kepada Pencipta. Dengan berpuasa, kecenderungan melakukan ibadah-ibadah lain juga turut meningkat. Malah.. ramai juga menunggu-nunggu bulan puasa untuk melakukan perubahan seperti mulai bersolat, memakai tudung dan sebagainya..

… Dan sudah tentu masih banyak rahsia-rahsia dan hikmah puasa yang belum diketahui manusia…

Oleh itu, eloklah kita malatih anak-anak berpuasa seawal mungkin sekitar umur 4 tahun. Berdasarkan pengalaman, anak berumur 4 tahun mampu berpuasa penuh tetapi jangan memaksa sekiranya mereka belum mampu. Sekiranya mereka hanya sanggup berpuasa sehingga azan zohor, maka biarkan mereka berbuka selepas zohor. Tingkatkan tempoh puasa mereka sehingga asar, kemudian hingga maghrib berperingkat-peringkat.

Justeru, suasana keluarga yang mencintai ibadah akan mampu memberi dorongan kepada anak-anak berpuasa seawal yang mungkin.

Semoga kita diberi kekuatan agar amalan puasa dapat diteruskan dengan puasa-puasa sunat selepas Ramadhan nanti dan terus menikmati manfaat daripadanya…

Ayuh.. marilah kita terus mengisi bulan yang penuh rahmat ini dengan sebaik mungkin. Sementara itu, renungi sejenak sebuah hadis riwayat daripada Ubaidah bin Samit r.a yang bermaksud:

”Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpahruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan para malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah s.w.t kebaikan daripadamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”

Semoga Ramadhan tahun ini lebih membawa makna kepada kehidupan kita berbanding Ramadhan tahun lalu…

Share/Save/Bookmark

 
1 Comment

Posted in Pendidikan

 

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

 

 
  1. Set Anak Pintar Shaklee Dengan Omega Guard Untuk Rangsang Minda Genius « Anak Pintar 2u

    November 8, 2013 at 2:36 pm

    […] Pemilihan diet pemakanan yang betul dapat membantu menyuburkan otak seterusnya merangsang minda cemerlang. […]