RSS
 

MEMBACA CEPAT (SPEED READING)

20 Jul


Antara sebab kenapa ramai di kalangan rakyat Malaysia kurang membaca ialah masalah ‘lambat membaca’ atau tidak menguasai kaedah membaca cepat. Pada zaman lambakan maklumat kini, kaedah membaca cepat perlu dipraktikkan samada untuk memperolehi maklumat daripada buku-buku fizikal, e-book, blog, facebook, whatsapp, telegram atau sebagainya.

Kebolehan membaca cepat membolehkan kita memperolehi maklumat yang banyak dalam masa yang singkat. Jangan terkejut kalau anda boleh membaca 2-3 kali lebih cepat dengan kaedah membaca cepat. Banyak masa dijimatkan atau… lebih maklumat diperolehi…

Secara ringkasnya membaca cepat adalah; pada peringkat permulaan, membaca dengan menggerakkan mata setiap 3-4 patah perkataan. Berbanding kebiasaannya kita menggerakkan mata perkataan demi perkataan. Jarak antara mata dengan bahan bacaan adalah 30cm bagi membolehkan pergerakan mata berlaku dengan efektif.

Tingkatkan jumlah perkataan bagi setiap kali gerakan mata dari semasa ke semasa. Dengan ini kepantasan membaca anda akan terus meningkat dengan latihan yang berterusan.

Tahukah anda bahawa kebolehan membaca cepat (speed reading) dapat meningkatkan keupayaan otak bekerja lebih cekap?

Biasanya kita membaca perkataan demi perkataan, mengeluarkan suara, membaca dalam hati atau menggeleng-gelengkan kepala, semua ini adalah perkara-perkara yang mendorong kepada melambatkan lagi pembacaan kita.

Otak istimewa yang sedang kita miliki berupaya memproses maklumat dengan pantas hanya dengan melihat beberapa perkataan sekaligus dan terus menghantar ke otak. Dengan ini, dapat melatih otak bekerja lebih cekap serta memproses maklumat dengan kadar yang lebih pantas.

Oleh itu, selain menjimatkan masa dan tenaga untuk memperolehi maklumat melalui pembacaan, kaedah membaca cepat dapat melatih minda supaya lebih cekap. Semakin cepat keupayaan membaca, semakin meningkat keupayaan minda.

” Membaca Jambatan Ilmu”

Share/Save/Bookmark

 
 

Tags: , , , , , , ,

Leave a Reply