RSS
 

PENDIDIKAN MELALUI GAMES

17 Jun

 

Games dan komputer memang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anak-anak kita pada zaman sekarang. Anak-anak kita dah tak kenal permainan-permainan seperti batu seremban, congkak dan berbagai-bagai lagi permainan kanak-kanak dahulu. Permainan-permainan tersebut hampir pupus ditelan zaman. Kini ia hanya tinggal dalam kenangan kita sahaja.

Kita terpaksa terima hakikat bahawa sekarang adalah zaman games, komputer dan internet. Memang benar, games, komputer dan internet boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada anak-anak kita. Namun untuk menghalang mereka daripada arus teknologi ini bukanlah merupakan satu tindakan yang bijak. Oleh itu, kita perlu fikirkan satu tindakan yang tidak meminggirkan anak-anak kita daripada arus perkembangan teknologi ini tanpa merosakkan akhlak dan pemikiran mereka.

Oleh itu, kita boleh beri mereka peluang untuk main games atau menggunakan internet, tapi kita buang unsur-unsur negatif seperti seks, keganasan dan kelalaian yang sering dikaitkan dengan games yang dihasilkan oleh programmer-programmer barat. Sebaliknya kita sajikan mereka dengan games-games yang dihasilkan oleh anak tempatan yang mampu memberikan hiburan kepada anak-anak kita dan dalam masa yang sama dapat merangsang minda seperti www.xcellmind.net  dan menanamkan pemikiran-pemikiran yang sihat dan nilai-nilai murni seperti www.games.anakpintar2u.com  terhadap minda anak-anak kesayangan kita. Malah telah banyak pihak yang membangunkan portal-portal pendidikan untuk pelajar menghadapi peperiksaan seperti www.anakpintar2u.com/score2u bagi memanfaatkan kemudahan internet yang mirip kepada games.

Walaupun demikian, ibu bapa perlu sentiasa memantau kegiatan anak-anak yang melibatkan penggunaan internet samada bermain games atau sebagainya agar penyalahgunaan internet tidak berlaku. 

Keburukan Games

Berikut adalah Kesan-kesan Buruk Games yang berunsurkan keganasan, seks dan ketagihan terhadap anak-anak berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh pakar Psikologi dan Pediatrics.

1.Peningkatan gejala gangguan emosi.
2.Peningkatan dan gejala gangguan perilaku.
3.Penurunan prestasi memori verbal.
4.Masalah perhatian/tumpuan seperti hiperaktif, ADD atau ADHD.
5.Menjejaskan prestasi akademik
6.Menjejaskan perhubungan dalam keluarga, seperti hubungan ibu bapa kurang positif.
7.Mengurangkan jumlah gelombang-perlahan (REM) tidur.
8.Modifikasi dalam perhatian selektif visual.
9.Bermain video game kekerasan (violent video games) merupakan faktor risiko mendorong perilaku ganas dan agresif.

SUMBER:

Pediatrics 2008 Nov;122(5):e1067-72
European Psychiatry 2008 Apr;23(3):212-8
Journal of Psychiatry Research 2008 Mar;42(4):253-8
Pediatrics 2007 Nov;120(5):978-85
Cyberpsychology & Behavior 2007 Aug;10(4):552-9
Psychological Science 2007 Jan;18(1):88-94
Pediatrics 2006 Oct;118(4):e1061-70

<

Share/Save/Bookmark

 
 

Tags: , , , , , , ,

Leave a Reply