RSS
 

SELAMAT MENEMPUH TAHUN BARU 2011

02 Jan

 

Saban tahun ada saja azam lama yang tak tertunai… (tak semua orang :) ) Tak apa. Sekurang-kurangnya apabila muncul sahaja tahun baru, kita pun terfikir juga untuk muhasabah diri samada azam tahun sebelumnya dah tertunai atau tertunggak. Sekiranya sudah tertunai.. Alhamdulillah. Sekiranya tertunggak, maka di sinilah titik permulaan yang baru untuk menyempurnakan azam tersebut. Sebaliknya jika azam tersebut tidak baik, pastilah pada tahun ini kita perlu ketepikan dan lupakan buat selamanya.

Apa yang pasti, cabaran terhadap pendidikan anak semakin meningkat dari tahun ke tahun khususnya bagi anak-anak di peringkat remaja. Kalau dulu kita takut budaya kuning dari Barat masuk ke negara kita. Kini berbagai budaya kuning sudah ada di dalam negara. Tidak mustahil budaya seumpama itu akan masuk ke rumah-rumah kita sekiranya anak-anak  tidak mempunyai ilmu dan iman yang teguh untuk menolaknya  Fenomena ini menuntut ibu bapa dekad ini lebih kreatif dan peka di dalam usaha membentuk kecemerlangan anak-anak.

Pada kesempatan ini (TAHUN BARU), kami ingin menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang menulis di blog yang tak seberapa ini. Mungkin juga ada di antara pembaca yang tersinggung dan terguris…. ampun maaf dipinta..

Semoga tahun ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk memperolehi pencapaian yang lebih cemerlang daripada tahun lepas di dalam apa jua bidang yang diceburi.

Share/Save/Bookmark

 
 

Tags: , , , ,

Comments are closed.