RSS
 

Archive for May 19th, 2010

Mendidik Anak

19 May

ÇöméL00040 KESILAPAN MENDIDIK ANAK

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku ’40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali
<

Share/Save/Bookmark

 
 

Madu Merawat Penyakit Dan Menguatkan Minda

19 May

Madu lebah adalah anugerah istimewa kepada manusia daripada PENCIPTA, khususnya di dalam bidang perubatan tradisional. Madu lebah telah dijadikan penawar kepada pelbagai jenis penyakit sejak sekian lama. Allah S.W.T sendiri telah menyebut di dalam Al-Quran tentang keistimewaan madu lebah. Malah Allah S.W.T telah memberikan nama salah satu surah di dalam Al-Quran sebagai surah An-Nahl bermaksud lebah.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran Bermaksud:

Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (Surah An Nahl: 69)

Khasiat Madu

Madu lebah kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Madu lebah mengandungi Zat Besi, Kalium, Fosforus, Vitamin A, B1, B2, B Complex, C, D, K, Anti Oksidan, Fruktosa, Glukosa, Maltosa, Sukrosa, dan Asid Amino. Madu lebah juga mengandungi sumber antioksidan yang tinggi, yang mana dapat memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak.

Tidak terkecuali kerosakan sel-sel turut berlaku pada sel otak, ianya boleh berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan dan minuman secara tidak sihat. Perisa makanan dan minuman berkarbonat merupakan antara penyumbang kepada berlakunya radikel bebas yang menyebabkan kerosakan sel.

Pengambilan madu lebah dapat menggantikan sel-sel yang rosak dan mati termasuk sel otak. Sel-sel otak yang subur akan dapat menyimpan maklumat dengan lebih banyak. Madu dapat meningkatkan perkembangan kecerdasan anak. Madu juga dapat menguatkan daya ingatan, meningkatkan krativiti serta menguatkan antibodi kanak-kanak.

Madu juga boleh bertindak sebagai “painkiller” untuk penyakit migrain, melegakan sistem saraf dan juga membantu memulihkan insomnia. Madu bertindak sebagai sedatif (penenang) kepada sistem saraf sekaligus memberi keselesaan dan kelegaan.

Share/Save/Bookmark

 
 

Makanan Segera Menjejaskan Minda

19 May
menjejas kepintaran

menjejas kepintaran

KESAN MAKANAN SEGERA KEPADA KANAK-KANAK

Makanan segera bukan sahaja digemari oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak. Makanan segera seperti gula-gula, keropok dan sebagainya boleh mendatangkan banyak keburukan jika diamalkan berlebihan. Makanan segera boleh didapati dengan mudah sama ada di rumah mahupun di sekolah. Makanan segera boleh mendatangkan kesan dalam jangka masa yang pendek mahupun panjang sekiranya diambil secara berterusan.

KESAN JANGKA PENDEK

1. Gemuk. Lebih ramai kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan terutama mereka yang mengambil makanan kurang seimbang dan gaya pemakanan berbentuk segera. Dalam masa sepuluh tahun lagi, satu daripada sepuluh orang kanak-kanak boleh menjadi gemuk.

2. Mengambil banyak kuantiti gula di dalam manisan, coklat dan makanan ringan yang boleh menyebabkan kesan terhadap mental.

KESAN JANGKA PANJANG

Kanak-kanak mempunyai risiko tinggi tahap kolesterol yang berlebihan, walaupun ia mungkin tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal namun anak tersebut berisiko mendapat penyakit jantung apabila menjangkau usia 40 an.

2. Diet yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, rendah kuantiti buah-buahan serta rendah kuantiti sayur-sayuran boleh memberi kesan barah usus, payu dara dan perut pada kemudian hari.

Makanan yang sihat mungkin agak sukar disediakan kerana ia mungkin mengambil masa yang agak lama dan memerlukan kos yang agak tinggi.

Walaupun ibu sedar tentang makanan seimbang dan sihat serta mengambil langkah mengubah diet sekeluarga, kanak-kanak dan ibu bapa mungkin enggan mengikutinya.

MULAKAN LANGKAH SEGERA

Jangan cepat panik. Menakutkan anak dengan berat badan mereka tidak akan membantu. Seorang gadis mungkin tidak akan makan langsung kerana bimbang berat badan akan naik.

Pastikan berat badan anak anda adalah tetap

Galakkan anak gemarkan makanan dan pastikanwaktu makan adalah dalam suasana seronok. Ibu bapa yang menghalang anak mengambil makanan yang berisiko boleh menyebabkan bertambahnya keinginan mereka.

Kurangkan pengambilan makanan gentian seperti kerepek kering dan coklat. Gantikan dengan makanan roti dan bijirin yang berkhasiat.

Belilah produk makanan yang rendah kandungan lemak. Kini terdapat pelbagai makanan berkhasiat yang mengandungi kandungan lemak yang rendah. Minyak masak juga mudah didapati dengan kandungan lemak yang rendah.

Petikan daripada Majalah Keluarga Bil 127, 1996

p/s: pendidikan tentang pemakanan yang baik perlu diprogramkan oleh ibu bapa yang prihatin.


~ PEMAKANAN SIHAT ~

Share/Save/Bookmark

 
1 Comment

Posted in Kesihatan

 

Pidato Kemerdekaan

19 May

 PIDATO KEMERDEKAAN
(nfmj, tahun 6 Cemerlang)

 Assalamualaikum pembuka bicara,

Kepada guru yang arif bijaksana,

Tak lupa juga rakan-rakan dan pengacara,

Di majlis ini kita bersua.

Yang berusaha, Puan Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, para guru serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

Sukacita saya memulakan pidato ini dengan seruan agar kita bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana telah mengurniakan kita sebuah negara yang aman dan makmur.

Dengan nikmat keamanan dan kemakmuran ini, kita boleh menjalani kehidupan harian dengan selesa. Bebas mencari rezeki di mana-mana tanpa rasa takut. Tidak seperti sesetengah negara yang bergolak, rumah-rumah ibadat dibom, rompakan dan pembunuhan di sana sini.

Sesungguhnya nikmat keamanan, kebebasan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini tidak datang dengan mudah. Ianya tidak datang secara kebetulan atau percuma bahkan diperolehi dengan perjuangan dan susah payah. Bak kata bidalan YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG.

Hakikatnya para pejuang tanahair terdahulu telah mewariskan kepada kita sebuah negara yang merdeka. Sebuah negara yang bebas daripada belenggu penjajah.

Sidang hadirin sekalian,

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan. Kemerdekaan yang dicapai memalui perundingan itu telah meletakkan Malaysia di tempat yang paling selamat dan dihormati.

Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau telah meneroka perjuangan mengisi kemerdekaan melalui pelan pembangunan strategik yang kukuh.

Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ketiga meneruskan misi mengisi kemerdekaan. Beliau telah menumpukan perhatian yang lebih kepada perpaduan. Perpaduan merupakan asas pembangunan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke empat. Beliau digelar Bapa Pemodenan kerana mempunyai wawasan yang jauh dalam membangunkan Negara. Pencapaian cemerlang beliau telah memartabatkan Negara kita Malaysia, lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia ke 5. Aspek modal insan diberi penekanan istimewa. Integriti, ketelusan dan keadilan dilihatnya sebagai utama.

Hadirin, hadirat yang dihormati sekalian,

Kini, giliran Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Beliau telah mengadun kesemua gaya pemerintahan dan pemikiran pemimpin terdahulu melalui gagasan Satu Malaysia. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Gagasan Satu Malaysia mengajak kita menghargai kemerdekaan yang telah diwariskan kepada kita. Tugas kita seterusnya adalah memelihara dan mengisi kemerdekaan yang sudah di dalam genggaman kita. Setiap cabaran yang datang perlu ditangani dengan berkesan.

Bagi memelihara keamanan dan kestabilan negara ini, seluruh rakyat hendaklah bersatu padu. Memupuk semangat persefahaman yang berterusan, toleransi yang tinggi serta kerjasama yang kukuh tanpa mengira kaum.

Akhir sekali, Marilah sama-sama kita berganding bahu tanpa mengira kaum, agama dan budaya berpadu tenaga berusaha ke arah mengekalkan kemerdekaan negara kita yang tercinta.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sekian, wassalamualaikum warohmatullahi, wabarokatuh.

Share/Save/Bookmark

 
1 Comment

Posted in Pendidikan