RSS
 

Archive for May 12th, 2010

PELANCARAN EBOOK ‘ RAHSIA ANAK PINTAR ‘

12 May

Bismillahirrohmanirrohim…

Alhamdulillah, pelancaran Ebook Rahsia Anak Pintar telah selamat disempurnakan pada 11 Mei 2010. Sepatutnya post ini ditulis kelmarin tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan urusan pelancaran.. maka hari ini baru ada sedikit kesempatan..

Ibu bapa perlu mengorak langkah tepat untuk mencorak anak-anak yang merupakan amanah daripada Allah s.w.t. Agama sudah pasti didahulukan. Kita, sebagai ibu bapa bertanggungjawab mencungkil keupayaan yang ada pada anak-anak untuk digembleng menjadi insan pintar bertaqwa.

Tony Buzan, seorang pakar psikologi terkemuka mengatakan bahawa manusia hanya menggunakan 1% sahaja daripada keupayaan otak kanan dan otak kiri mereka. Manakala kecerdasan IQ bagi manusia biasa adalah 10% daripada jumlah keseluruhan kecerdasan yang dimiliki seseorang. Oleh itu, kita mempunyai peluang yang luas mencungkil 99% lagi kecerdasan IQ anak anda untuk dimanfaatkan. Serta perlu menggarap 90% lagi pelbagai kecerdasan lain untuk menjadikan anak-anak kita insan pitar.

Sehubungan dengan itu kami, dengan rendah diri dan sukacitanya melancarkan ebook bertajuk ‘Rahsia Anak Pintar’ sebagai panduan kepada ibu bapa untuk anak-anak.

Sekian, Wassalam.

Share/Save/Bookmark