RSS
 

Archive for December, 2014

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PT3; KE MANA HALATUJU PELAJAR SETERUSNYA

19 Dec

Musim menerima keputusan peperiksaan penting seperti PT3, SPM dan lain-lain seumpamanya akan kembali lagi. Perasaan berdebar-debar bukan sahaja dirasai oleh para calon tetapi juga oleh ibu bapa. Malah ibu bapa tertanya-tanya, kemanakah hala tuju anak-anak selepas ini.

Bagi calon yang memperolehi keputusan cemerlang, pastinya tawaran akan datang mencurah-curah. Namun hakikatnya, bilangan yang kurang cemerlang adalah lebih ramai. Lantaran mereka terpaksa bersaing untuk memilih kursus yang diminati, apatah lagi untuk memperolehi biasiswa.

Namun, masa depan anak-anak tidak boleh disandar kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Ada di antara anak-anak yang tidak mampu cemerlang dengan akademik tetapi mempunyai kecenderungan di dalam bidang-bidang kemahiran tertentu.

Malah ramai juga orang yang berjaya bukan daripada kalangan orang yang cemerlang akademik. Sebaliknya mereka meneroka dan mendalami bidang kemahiran yang mereka minati di institusi-institusi yang tertentu. Walau bagaimanapun, semuanya perlukan perancangan yang baik.

Ibu bapa perlu mempunyai maklumat yang cukup untuk membantu anak-anak membuat keputusan, membuka jalan dan memberi peluang menemukan anak-anak kepada saluran yang tepat. Apatah lagi pada ‘Zaman On-line’ ini, para calon dan ibu bapa perlu lebih peka dan ’updated’ agar anak-anak tidak terlepas peluang yang sepatutnya. Dapatkan maklumat yang lengkap berkaitan saluran dan bidang-bidang vokasional yang berpotensi.

Program teknik dan vokasional merupakan salah satu bidang bukan akademik yang mampu melahirkan tenaga mahir yang penting kepada negara. Oleh itu anak-anak yang kurang cemerlang akademik tidak perlu membuang masa. Mereka boleh terus mengambil peluang bidang teknik dan vokasional selepas peringkat PT3.

Tindakan awal memasuki bidang kemahiran lebih menguntungkan berbanding meneruskan sehingga tingkatan 5 dengan pencapaian akademik yang tak seberapa. Malah mereka terpaksa bersaing pula dengan segelintir pelajar yang bijak tetapi sengaja memilih bidang kemahiran untuk jaminan kerjaya, yang mana mereka ini mampu meneruskan di bidang akademik tetapi meragui peluang kerjaya.

Kolej Vokasional adalah salah satu platform yang sesuai untuk lepasan PT3. Apa yang lebih penting adalah pemilihan bidang hendaklah berdasarkan MINAT + PROSPEK masa hadapan selaras dengan peluang kerjaya. Pelajar boleh merujuk kepada kaunselor sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan lebih tepat.

# Permohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional: Syarat kelayakan dan kursus-kursus yang ditawarkan;

http://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_2015/

# Pendaftaran pelajar tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh

http://apps5.moe.gov.my/permohonansst4/spat4_2015/

# Penajaan Pengajian Tinggi

http://www.moe.gov.my/v/penajaan-SPT

Share/Save/Bookmark

 
 

Tips Mujarab Mendidik Anak Cemerlang Dunia Dan Akhirat

13 Dec

Jom amalkan 10 tip mujarab drp Prof Muhaya di bawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam drama pun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya anak kita dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

P/s: Jom pakat-pakat kita amalkan dan sebarkan ilmu yang bermanfaat.

Share/Save/Bookmark

 
 

Cuti Sekolah: Peluang Membentuk Sahsiah Anak-anak

13 Dec

Hmmm… Anak-anak yang bersekolah sudah pun berada dalam minggu ketiga cuti panjang persekolahan.Sudah tentu anak-anak telah melalui berbagai aktiviti sepanjang tiga minggu percutian.

Ada yang melancong, ada yang berkhatan, ada yang balik kampung jumpa nenek, ada yang sibuk membantu persiapan kenduri kahwin, ada yang mengikuti kem-kem motivasi, kem ibadah, kem hafazan dan sebagainya.

Tentunya semua ibu bapa bersetuju bahawa pembelajaran terus berlaku setiap hari melalui apa yang dilihat, didengar dan pengalaman yang dilalui selain pendidikan berbentuk formal. Oleh itu ibu bapa berpeluang menggunakan kreativiti masing-masing untuk manfaatkan masa cuti bagi membentuk pembelajaran yang bermanfaat kepada anak-anak.

Sekurang-kurangnya ibu bapa telah pun dapat menilai sejauh mana manfaat yang telah diperolehi oleh anak-anak sepanjang cuti yang telah dilalui. Semoga anak-anak telah memperolehi nilai tambah pada diri masing-masing yang bakal mencorak masa depan cemerlang di dunia mahupun di akhirat

P/s: Elakkan daripada menegur atau memarahi anak-anak di hadapan orang lain lebih-lebih lagi di hadapan adik beradiknya. Ianya akan memupuk perasaan dendam, benci dan dengki di dalam diri anak yang akan membentuk sifat-sifat mazmumah.

Share/Save/Bookmark