RSS
 

Cuti Sekolah: Peluang Membentuk Sahsiah Anak-anak

13 Dec

Hmmm… Anak-anak yang bersekolah sudah pun berada dalam minggu ketiga cuti panjang persekolahan.Sudah tentu anak-anak telah melalui berbagai aktiviti sepanjang tiga minggu percutian.

Ada yang melancong, ada yang berkhatan, ada yang balik kampung jumpa nenek, ada yang sibuk membantu persiapan kenduri kahwin, ada yang mengikuti kem-kem motivasi, kem ibadah, kem hafazan dan sebagainya.

Tentunya semua ibu bapa bersetuju bahawa pembelajaran terus berlaku setiap hari melalui apa yang dilihat, didengar dan pengalaman yang dilalui selain pendidikan berbentuk formal. Oleh itu ibu bapa berpeluang menggunakan kreativiti masing-masing untuk manfaatkan masa cuti bagi membentuk pembelajaran yang bermanfaat kepada anak-anak.

Sekurang-kurangnya ibu bapa telah pun dapat menilai sejauh mana manfaat yang telah diperolehi oleh anak-anak sepanjang cuti yang telah dilalui. Semoga anak-anak telah memperolehi nilai tambah pada diri masing-masing yang bakal mencorak masa depan cemerlang di dunia mahupun di akhirat

P/s: Elakkan daripada menegur atau memarahi anak-anak di hadapan orang lain lebih-lebih lagi di hadapan adik beradiknya. Ianya akan memupuk perasaan dendam, benci dan dengki di dalam diri anak yang akan membentuk sifat-sifat mazmumah.

Share/Save/Bookmark

 
 

Tags: , ,

Leave a Reply