RSS
 

Tips Melatih Anak-anak Berpuasa Di Bulan Ramadhan

23 Jun

Ramadhan Al-Mubarak akan tiba tak lama lagi setelah sebelas bulan menghilang. Ramadhan adalah bulan puasa bagi umat Islam. Berpuasa adalah rukun Islam yang ke-3. Lumrahnya suasana bulan puasa sangat meriah di seluruh dunia. Malah ada juga rakan-rakan yang bukan seagama turut serta tidak makan dan minum ketika umat Islam berpuasa. Tidak ketinggalan, kanak-kanak juga amat teruja untuk berpuasa bersama..  Berikut dikongsikan 10 tips mudah untuk melatih anak-anak kecil berpuasa.

1. Terangkan kepada anak-anak kelebihan berpuasa. Sungguhpun belum wajib bagi kanak-kanak tetapi mendatangkan pahala jika dilaksanakan dengan sempurna. Amalan puasa juga amat bermanfaat kepada kesihatan

2. Mulakan dengan setengah hari bagi umur 4-6 tahun. Biarkan waktu berbukanya setelah azan zohor bagi minggu pertama. Minggu berikutnya, waktu berbuka adalah apabila azan Asar. Manakala minggu ke-3, waktu berbukanya sama seperti orang dewasa iaitu ketika azan Maghrib. In sya Allah berhasil..dengan perlahan-lahan, terutama tahun pertama puasa.

3. Bagi anak-anak berumur 7 tahun ke atas, lazimnya mereka sudah mampu berpuasa seperti orang dewasa. Namun pastikan mereka memakan sahur. Sebaiknya terdapat kurma sebagai salah satu hidangan ketika sahur bagi membekal tenaga yang lebih lama in sya Allah.

4. Memberi galakan bukan paksaan. Dorongan dan kata-kata semangat untuk memotivasi mereka. Apabila mereka berpuasa dengan rela hati, mereka tidak rasa tertekan sebaliknya redho dengan susah payah mengharungi seharian berpuasa.

5. Janjikan hadiah atau ganjaran, sekiranya mereka berjaya berpuasa dengan cemerlang. Hadiah disampaikan setelah tamat bulan Ramadhan.

6. Seluruh ahli keluarga perlu tunjukkan ‘support’. Jangan pula ada orang yang lebih tua daripada mereka, tidak berpuasa.

7. Ajak mereka sekali bangun sahur. Untuk memudahkan mereka bangun sahur bersama kita, haruslah pastikan mereka tidur awal..

8. Sediakan mereka menu kesukaan, tanya mereka apa yang mereka nak makan kektika berbuka dan bersahur nanti.. Ini akan menambahkan semangat mereka untuk berpuasa.

9. Elakkan daripada mereka nampak makanan kegemaran seperti ais krim atau sebagainya semasa berpuasa. Sembunyikan dahulu pada waktu siang. Ini dapat mengurangkan kecenderungan mereka berbuka puasa sebelum tiba masanya.

10. Sibukkan mereka dengan aktiviti-aktiviti berfaedah terutama pada waktu petang seperti beriadah, bacaan ringan, bermain, melukis lukisan yang bertemakan kegembiraan berpuasa  dan seumpamanya. Oleh itu mereka kurang berfikir pasal makan atau lapar.

11. Pastikan makan tidak terlalu kenyang semasa berbuka. Makan buah dahulu. Ini juga point untuk melatih mereka supaya tidak berlebih-lebihan mengikut nafsu di samping mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Lepas solat Maghrib boleh sambung makan, itu pun jangan berlebih-lebihan.

Melatih anak-anak berpuasa merupakan tanggungjawab ibu bapa. Di samping sebagai latihan kepada anak-anak menjadi manusia yang taat, ibu bapa sedang menerima ganjaran daripada Allah s.w.t. Cantiknya Islam.

Pada zahirnya seolah-oleh membebankan kanak-kanak, tetapi sebenarnya mereka sedang dirangka untuk menjadi manusia yang seimbang dan cemerlang dari segi rohani, kebijaksanaan dan emosi.

# Puasa adalah ibadah yang memberi manfaat di dunia dan akhirat,

Salman radiallhu ‘anhu meriwayatkan:

Pada hari terakhir Sya’ban, Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada kami: “Wahai manusia, kini muncul kepadamu satu bulan yang besar (mulia), bulan yang tersangat berkat, terkandung di dalamnya satu malam yang terlebih tinggi nilainya daripada seribu bulan. Inilah bulannya Allah memfardhukan puasa pada siang hari dan menjadikan SOLAT TARAWIH sebagai sunnah pada malam hari. Sesiapa yang ingin menghampirkan diri kepada Allah melalui amalan baik pada bulan ini, maka akan dibalasi kepadanya dengan ganjaran seolah-oleh dia melakukan amalan fardhu di bulan lain pada tahun itu. Dan barang siapa melakukan amalan fardhu akan dibalasi kepadanya dengan tujuh puluh amalan fardhu pada bulan lain. Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran sejati adalah Jannah”

Share/Save/Bookmark

 
 

Tags: , , , ,

Leave a Reply