RSS
 

Tadika Online Score A – Preschool

21 Mar

Score A – PreSchool ialah tadika online yang direka khas untuk kanak-kanak antara 4-6 tahun. Aktiviti pembelajaran yang menarik merangkumi kandungan pembelajaran beranimasi, aktiviti pembelajaran interaktif serta games pendidikan. Semua aktiviti pembelajaran dibentuk memenuhi kurikulum prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (Malaysian Ministry of Education). Ianya mempunyai pendekatan bersepadu dan menyeluruh yang berupaya membangunkan potensi kanak-kanak. Rekabentuk pembelajaran juga mengambilkira peringkat perkembangan kanak-kanak dan sekaligus membangunkan kemahiran dan minat terhadap teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Kurikulum

Kandungan pembelajaran yang dibangunkan di Score A – PreSchool memenuhi kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kanak-kanak akan dibahagi kepada dua kumpulan berdasarkan 2 peringkat iaitu PreSchool 1 and PreSchool 2 seperti berikut:

PreSchool 1 • Umur 4 – 5 tahun
PreSchool 2 • Umur 5 – 6 tahun

Rekabentuk pembelajaran adalah berdasarkan prinsip-prinsip pembelajaran secara praktikal yang mana menepati Constructivism Learning Theory. Melalui program Score A PreSchool ini, kanak-kanak berupaya membina pengetahuan mereka berdasarkan kadar pencapaian mereka. Dan membangunkan kemahiran berfikir mereka di dalam menyelesaikan pelbagai masalah pembelajaran bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Subjek yang disediakan di dalam Score A – PreSchool adalah:

a. Sains
b. Matematik
c. Bahasa Inggeris
d. Bahasa Malaysia
e. Bahasa Mandarin.

# Bergantung kepada bahasa pengantar yang dipilih.

Dalam setiap subjek, terdapat 3-5 bab dan setiap bab itu pula dibahagikan kepada 3-5 bahagian yang lebih kecil dengan topik dan kandungan pembelajaran yang sesuai.

Aktiviti Pembelajaran

Setiap topik terdiri daripada tiga aktiviti pembelajaran utama:

a. Animasi
b. Pembelajaran Interaktif yang menyeronokkan dan Aktiviti Penilaian
c. Permainan pendidikan

Untuk menjalankan aktiviti pembelajaran, kanak-kanak terlebih dahulu perlu memahami kandungan tertentu dengan melihat animasi yang sesuai untuk kandungan pembelajaran ini. Ini diikuti dengan aktiviti Pembelajaran Interaktif yang menyeronokkan dan penilaian yang bertujuan mengukuhkan kefahaman mereka serta mampu mengembangkan pengetahuan. Akhir sekali, kanak-kanak boleh terlibat dalam aktiviti permainan pendidikan yang dibangunkan sesuai untuk kandungan pembelajaran dengan hasil yang bertujuan pendidikan khusus.

Setiap topik disertakan dengan 3-4 aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Berikut adalah antara bentuk-bentuk aktiviti menarik dan interaktif yang disediakan:

a. Flash Cards
b. Multiple Choices
c. Dropping in Boxes
d. Filling in Blanks
e. Colouring
f. Matching “Drag and Drop” Combination
g. Simulated Situations
h. Picture Shows
i. Choices of Graphics
j. Panning Cards
k. Flip books

Terdapat sejumlah lebih daripada 600 aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan setakat ini dan lebih banyak aktiviti pembelajaran yang akan ditambah secara berterusan.

Animasi

Dalam setiap topik terdapat animasi berkaitan pembelajaran yang berlangsung selama kira-kira 4-8 minit mengandungi pelbagai media yang menerangkan topik berkenaan, muzik dan grafik animasi. Kandungan pembelajaran animasi ini menggambarkan konsep asas dan pengetahuan mengenai topik tersebut dan direka dengan tujuan mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya, terdapat lebih daripada 220 animasi kandungan subjek yang terdapat dalam Score A prasekolah.

Permainan Berbentuk Pembelajaran

Terdapat pelbagai permainan pendidikan yang dibangunkan untuk setiap topik kandungan pembelajaran. Antara permainan pendidikan adalah seperti berikut:

a. Jigsaw puzzles
b. Joining dots
c. Driving a Car
d. Cross word puzzles
e. Explorations

Setiap permainan yang direka dengan teliti adalah untuk membentuk pembelajaran yang menyeronokkan dan pada masa yang sama mampu memenuhi hasil pembelajaran pendidikan. Lebih banyak permainan sedang dibangunkan dan akan di’update’ dari semasa ke semasa.

Share/Save/Bookmark

 
 

Tags: , ,

Leave a Reply