RSS
 

HARI BERKABUNG MALAYSIA DAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 57 : DOA KESEJAHTERAAN BUAT MALAYSIA

22 Aug

Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan hari ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia. Bermakna lagi tujuh hari dari tarikh hari ini, rakyat Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-57.

Sudah 57 tahun kita bebas daripada dijajah oleh kuasa besar secara fizikal. Mudah-mudahan keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati hari ini akan berterusan hingga ke anak cucu dan seterusnya ke akhir usia dunia..…..

Kini kita boleh tidur lena, kerana negara kita boleh dikategorikan sebagai aman dan sejahtera. Hakikatnya, masih terdapat cabang penting yang belum merdeka iaitu minda dan budaya. Minda dan budaya liar masih menguasai rakyat Malaysia, sekaligus merencatkan pencapaian wawasan negara.

WASPADA..

Banyak peristiwa sedih dalam tempoh setahun ini yang menimpa rakyat negara kita Malaysia. Kehilangan MH370 belum lagi terjawab, MH17 pula ditembak. Ujian buat negara kita Malaysia. Barangkali tragedi-tragedi tersebut merupakan peringatan buat kita supaya lebih mendekatkan diri kepada Pencipta untuk menarik semula rahmat Allah s.w.t..

Hari ini diistiharkan sebagai Hari Berkabung Negara. Sebagai tanda simpati dan sedih, jom sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada roh mereka yang terlibat..Al-Fatihah. Semoga 1-2 minit yang kita laburkan untuk membaca Al-Fatihah tersebut akan memberi kesejahteraan kepada roh mereka. Tiada apa lagi yang lebih bernilai bagi mereka yang telah kembali kerahmatullah melainkan iman dan amal soleh.

Sama-sama kita panjatkan doa untuk kesejahteraan negara kita Malaysia. Dijauhi daripada bala bencana. Rakyat hidup aman dan makmur. Agama diamalkan di kota dan desa oleh semua peringkat, bukan hanya orang-orang tua tetapi juga generasi-generasi pelapis. Semoga dengan usaha kita ke arah memperbaiki amalan agama, akan menarik rahmat Allah dan menolak bala bencana.

Share/Save/Bookmark

 
 

Tags: , , , ,

Leave a Reply