RSS
 

ADAB BERBICARA DALAM ISLAM

14 Jun

  1. Hendaklah bercakap dengan nada yang jelas tanpa rasa keraguan dan tidak bercakap dengan nada yang samar-samar.
  2. Jika seseorang sedang makan, maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau yang tidak disukainya.
  3. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, mencaci dan membuat fitnah (walaupun bercakap tentang perkara buruk yang benar-benar sah dilakukannya, ianya termasuk di dalam kategori mengumpat).
  4. Jangan memanggil seseorang dengan panggilan nama yang tidak menyenangkannya atau yang boleh memalukannya.
  5. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenai perkara tersebut.
  6. Hendaklah bercakap secara berdepan dengan bertentangan mata atau tidak bercakap di belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
  7. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu topik atau topik tersebut belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan topik baru atau memintas perbincangan tersebut.
  8. Jangan meniru gaya percakapan orang-orang jahil tentang agama
  9. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucaplah sesuatu yang menggembirakannya.
  10. Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama sebaik-baiknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka.

 
“Jika engkau berada di rumah orang, hendaklah jaga matamu, jika engkau berada di antara orang ramai hendaklah jaga LIDAHMU dan jika engkau berada di dalam sesuatu majlis, hendaklah jaga perangaimu.”

 (Daripada: Ali bin Abi Talib R.A)

 

Share/Save/Bookmark

 
 

Tags: , ,

Leave a Reply

 

 
  1. Hanita Hassan

    June 14, 2010 at 9:58 am

    Satu artikel yang sangat bagus untuk ingat dan memperingati agar anak2 selalu berakhlak mulia di mana mereka berada.

     
  2. Suhaila Suffian

    June 14, 2010 at 4:37 pm

    Alhamdulillah, dlm zaman yg serba mencabar ini, yg mana keruntuhan moral makin menjadi2, masih ada individu yg bertungkus lumus membantu masyarakat dalam soal pendidikan awal anak2. Melentur buluh biarlah dr rebungnya. InsyaAllah jika kita terapkan nilai2 murni yg berlandaskan alquran dan sunnah dlm jiwa anak kita, mereka akan membesar menjada anak yg berguna untuk keluarga, agama, bangsa dan negara. Tahniah pd Hj M.Jaafar dan Hjh Azlina.

     
  3. Haisa

    June 14, 2010 at 6:29 pm

    Artikel yang menarik untuk ibubapa mendidik anak2 mereka mengenai adab berbicara

     
  4. Azlina

    June 14, 2010 at 11:07 pm

    Terima kasih Hanita, Suhaila dan Haisa.. susah payah kita mendidik anak-anak tu, banyak pahalanya. Tetapi kenalah banyak bersabar….

     
  5. FAIRUZZ

    June 27, 2010 at 11:38 pm

    Ya benar ! apa yang saudari Suhaila tegaskan,,didikan agama dalam pendidikan anak adalah pokok utama dalam melahirkan anak, masyarakat, bangsa insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi intelektualnya malah yang lebih penting ialah akhlak dan keperibadian anak itu, kerana ada diantara ibubapa yang langsung tidak mahu menegur jika anak kurang sopan dengan orang lain kerana pada pendapat mereka jika ditegur nanti anak tak cerdik, itu adalah pendapat yang sama sekali tidak benar, ada diantara ibubapa pula buat-buat tak nampakje bila anaknya mengganggu hak-hak orang lain .Oleh itu para ibubapa tidak perlu risau untuk menegur anak-anak yang masih kecil agar mereka tahu mana perangai yang elok mana yang tak elok semoga kita mewarisi akhlak yang terpuji , InsyaAllah…Amiin.