RSS
 

Archive for April 1st, 2014

SPM 2013 – PERSAINGAN SEMAKIN SENGIT MEMASUKI UNIVERSITI DAN MEMPEROLEHI TAWARAN BIASISWA

01 Apr

Pencapaian keseluruhan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 adalah bertambah baik berbanding SPM 2012 yang lalu. Nilai GPN bagi peperiksaan SPM tahun 2013 adalah 4.93 mata.

Seramai 13,970 orang calon telah meraih semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki  dalam peperiksaan SPM 2013. Manakala jumlah calon yang memperolehi semua A dalam mata pelajaran yang diduduki bagi SPM tahun 2012 adalah 13,720 orang sahaja. Mencatat pertambahan sebanyak 250 orang dalam tempoh tersebut.

Para pelajar yang telah Berjaya dengan cemerlang, tentunya mudah memilih tempat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang yang diminati. Biasiswa juga, biasanya akan ditawarkan kepada mereka yang cemerlang sahaja.

Manakala calon-calon yang kurang cemerlang terpaksa melalui persaingan yang sengit untuk mendapatkan tempat belajar yang baik serta menepati bidang yang diminati . Malah, syarat kemasukan ke IPTA juga semakin meningkat dalam sesetengah bidang.

Apa yang lebih menyedihkan, calon-calon tidak dapat meneruskan cita-cita melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang diminati disebabkan keputusan peperiksaan SPM yang tidak mencukupi syarat. Jadi terpaksa mengikuti kursus-kursus yang kurang diminati demi melanjutkan pelajaran. Bayangkan, mempelajari bidang yang tidak diminati, pastinya sedikit sebanyak menjejaskan prestasi dan keseronokan berkerjaya kelak.

Oleh itu pemilihan tempat melanjutkan pengajian dan penentuan bidang yang sesuai penting dilakukan dengan sebaiknya. Pemilihan pada peringkat ini akan memberi kesan yang besar kepada kerjaya kelak. Adalah lebih baik merujuk kepada kaunselor sekolah bagi menentukan minat kerjaya yang sesuai dengan keputusan peperiksaan yang diperolehi.

Borang permohonan UPU online sesi akademik 2014/2015 dan maklumat berkaitan:

https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/

http://upu.moe.gov.my/web/

Share/Save/Bookmark