RSS
 

Archive for February, 2014

10 TIPS PENTING PENYEDIAAN MAKANAN BAYI

23 Feb

Pemakanan peringkat bayi sangat perlu dititik berat atau dijaga supaya tidak wujud kesan yang tidak diingini timbul daripada pemakanan yang tidak betul. 10 tips berikut boleh dijadikan panduan ringkas dalam penyediaan makanan bayi.

1. Gunakan buah dan sayur yang baru atau segar

2. Kupas kulit buah dan sayur hanya jika kulit tersebut menyusahkan bayi

3. Masaklah buah dan sayur yang berkulit lembut bersama kulitnya kerana dapat mengekalkan vitamin dan membekalkan gentian tambahan

4. Masak buah atau sayur di dalam periuk bertutup rapat dengan menggunakan air yang paling minimum bagi mengekalkan vitaminnya

5. Berikan bayi makan daging atau ikan berpuri. Puri ini boleh dicairkan dengan air sayur atau sup.

6. Gunakan minyak bunga matahari atau minyak jagung. Jangan masak menggunakan mentega atau lemak tepu.

7. Jangan rendam sayur terlalu lama sebelum dimasak kerana ianya akan memusnahkan sebahagian vitamin

8. Jangan berikan daging merah lebih daripada 2 kali seminggu kerana ianya mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi

9. Jangan ditambah gula atau garam ke dalam makanan bayi kerana ginjalnya belum matang untuk menerima.

10. Jauhi makanan siap yang mengandungi MSG atau monosodium glutamate atau lebih di kenali di kalangan kita sebagai ajinomoto.

# Namun begitu perkara yang lebih utama adalah sumber yang halal. Sumber makanan yang halal akan mempengaruhi sahsiah anak-anak seterusnya.

Share/Save/Bookmark

 
 

KEBIASAAN BURUK KETIKA MEMBACA, MENGHALANG KECEMERLANGAN MEMBACA CEPAT

14 Feb

Membaca dengan kelajuan perlahan adalah salah satu punca yang mendorong manusia kurang membaca. Sedangkan dunia hari ini yang serba pantas amat menuntut kelajuan membaca ditingkatkan supaya selari dengan lambakan maklumat kini. Berikut adalah 5 perkara yang menghalang kaedah membaca cepat.

1.Melafaz perkataan

Kebiasaan melafazkan perkataan ketika membaca biasanya terbawa-bawa daripada cara membaca ketika kanak-kanak. Mungkin anda masih ingat ketika guru suruh membaca kuat di depan kelas.. Namun ianya bertentangan dengan kaedah membaca cepat.Membaca dengan melafazkan perkataan akan melambatkan kelajuan membaca, ianya hanya mampu memcapai kelajuan berbicara sahaja.

2.Gerakan bibir

Gerakan bibir ketika membaca tidak mengeluarkan suara dan tidak didengari oleh orang lain. Namun ianya akan menghalang kelajuan membaca. Tabiat melafazkan perkataan dan gerakan bibir boleh diatasi dengan latihan meletakkan pensil pada bibir ketika membaca. Lakukan latihan ini sehingga tabiat melafaz perkataan dan gerakan bibir hilang daripada sikap membaca kita.

3.Menggerakkan kepala

Tabiat menggerakkan kepala berlaku akibat daripada pembaca terlalu tertumpu kepada perkataan demi perkataan. Biasanya bergerak dari kiri ke kanan. Antara sebablain yang mendorong pergerakan kepala adalah jarak pembacaan yang dekat. Oleh itu lakukan latihan membaca dengan jarak 30cm antara mata dan bahan bacaan. Dengan jarak 30 cm, gerakan mata sahaja sudah mampu untuk melihat keseluruhan bahan bacaan.

4.Regresi

Regresi adalah tabiat mengulang-ulang membaca ayat atau perkataan yang telah dibaca. Biasanya berlaku kerana wujudnya kebimbangan adanya perkataan yang tidak difahami. Kurangnya konsentrasi akan menyababkan meningkatnya amalan regresi dalam pembacaan. Oleh itu, pastikan masa yang tenang, tempat duduk yang selesa, cahaya yang mencukupi dan jauh daripada gangguan ketika membaca.

5.Sub-vokal

Sub-vokal adalah tabiat membaca, dalam masa yang sama membaca dalam hati. Kepantasan membaca akan merosot kerana hati turut menghayati perkataan demi perkataan adau kelompok kata demi kelompok kata..

Sekiranya kita dapat mengelakkan daripada 5 tabiat buruk ketika membaca tersebut di atas, maka kita dapat menjimatkan lebih masa untuk memperolehi maklumat penting dalam kehidupan seharian. Apatah lagi bagi seorang pelajar, kebolehan membaca cepat sangat membantu ketika menjawab soalan peperiksaan dan  mentelaah pelajaran.

Share/Save/Bookmark