RSS
 

Makanan Segera Menjejaskan Minda

19 May
menjejas kepintaran

menjejas kepintaran

KESAN MAKANAN SEGERA KEPADA KANAK-KANAK

Makanan segera bukan sahaja digemari oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak. Makanan segera seperti gula-gula, keropok dan sebagainya boleh mendatangkan banyak keburukan jika diamalkan berlebihan. Makanan segera boleh didapati dengan mudah sama ada di rumah mahupun di sekolah. Makanan segera boleh mendatangkan kesan dalam jangka masa yang pendek mahupun panjang sekiranya diambil secara berterusan.

KESAN JANGKA PENDEK

1. Gemuk. Lebih ramai kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan terutama mereka yang mengambil makanan kurang seimbang dan gaya pemakanan berbentuk segera. Dalam masa sepuluh tahun lagi, satu daripada sepuluh orang kanak-kanak boleh menjadi gemuk.

2. Mengambil banyak kuantiti gula di dalam manisan, coklat dan makanan ringan yang boleh menyebabkan kesan terhadap mental.

KESAN JANGKA PANJANG

Kanak-kanak mempunyai risiko tinggi tahap kolesterol yang berlebihan, walaupun ia mungkin tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal namun anak tersebut berisiko mendapat penyakit jantung apabila menjangkau usia 40 an.

2. Diet yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, rendah kuantiti buah-buahan serta rendah kuantiti sayur-sayuran boleh memberi kesan barah usus, payu dara dan perut pada kemudian hari.

Makanan yang sihat mungkin agak sukar disediakan kerana ia mungkin mengambil masa yang agak lama dan memerlukan kos yang agak tinggi.

Walaupun ibu sedar tentang makanan seimbang dan sihat serta mengambil langkah mengubah diet sekeluarga, kanak-kanak dan ibu bapa mungkin enggan mengikutinya.

MULAKAN LANGKAH SEGERA

Jangan cepat panik. Menakutkan anak dengan berat badan mereka tidak akan membantu. Seorang gadis mungkin tidak akan makan langsung kerana bimbang berat badan akan naik.

Pastikan berat badan anak anda adalah tetap

Galakkan anak gemarkan makanan dan pastikanwaktu makan adalah dalam suasana seronok. Ibu bapa yang menghalang anak mengambil makanan yang berisiko boleh menyebabkan bertambahnya keinginan mereka.

Kurangkan pengambilan makanan gentian seperti kerepek kering dan coklat. Gantikan dengan makanan roti dan bijirin yang berkhasiat.

Belilah produk makanan yang rendah kandungan lemak. Kini terdapat pelbagai makanan berkhasiat yang mengandungi kandungan lemak yang rendah. Minyak masak juga mudah didapati dengan kandungan lemak yang rendah.

Petikan daripada Majalah Keluarga Bil 127, 1996

p/s: pendidikan tentang pemakanan yang baik perlu diprogramkan oleh ibu bapa yang prihatin.


~ PEMAKANAN SIHAT ~

Share/Save/Bookmark

 
1 Comment

Posted in Kesihatan

 

Tags: , ,

Leave a Reply

 

 
  1. Indonesia Food

    August 20, 2010 at 4:28 pm

    makanan nusantara memang lebih enak :)