RSS
 

Archive for October, 2015

KHASIAT MADU LEBAH UNTUK KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL

17 Oct




  1. Penawar Pelbagai Penyakit

Madu lebah adalah anugerah istimewa kepada manusia daripada PENCIPTA, khususnya di dalam bidang perubatan tradisional. Madu lebah telah dijadikan penawar kepada pelbagai jenis penyakit sejak sekian lama. Allah S.W.T sendiri telah menyebut di dalam Al-Quran tentang keistimewaan madu lebah. Malah Allah S.W.T telah memberikan nama salah satu surah di dalam Al-Quran sebagai surah An-Nahl bermaksud lebah.

Firman Allah s.w.t Di Dalam Al-Quran :

”Kemudian  makanlah  dari tiap – tiap ( macam ) buah -buahan dan tempuhlah  jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat  yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya  pada yang demikian  itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

-(Surah An Nahl: 69)-

2. Madu Meningkatkan Kualiti Kesihatan Otak

Madu lebah kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh tubuh seperti zat besi, kalium, magnesium, kalsium, kuprum, sulfur, fosforus, vitamin A, vitamin B Complex, C, D, K, fruktosa, glukosa, maltosa, sukrosa, asid amino dan sumber antioksidan. Sumber nutrien yang kaya telah menjadikan madu lebah  terkenal sebagai penawar berbagai penyakit dan menyumbang kepada kesihatan menyeluruh termasuk otak. Sel-sel otak yang subur akan dapat menyimpan maklumat dengan lebih banyak,meningkatkan kecerdasan mental, menguatkan daya ingatan, meningkatkan krativiti, memberi tenaga otak serta menguatkan antibodi khususnya kanak-kanak.

3. Madu Mengandungi Antioksidan Dan Sedatif

Selain itu, madu lebah juga mengandungi sumber antioksidan yang tinggi, yang mana dapat memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak. Malah madu lebah boleh bertindak sebagai “painkilleruntuk penyakit migrain, melegakan sistem saraf dan juga membantu memulihkan insomnia. Madu bertindak sebagai sedatif  (penenang) kepada sistem saraf sekaligus memberi keselesaan dan kelegaan pada tubuh badan.

Cadangan : satu sudu makan setiap pagi (menggunakan sudu plastik)

Share/Save/Bookmark