RSS
 

Archive for November, 2011

Aktiviti Cuti Sekolah Anak

18 Nov

<<Sedutan Khutbah Jakim: Jumaat 18 November 2011>>

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “ MUTIARA HATI ”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Anak merupakan anugerah dan nikmat yang terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Mutiara hati bagi pasangan ibu-bapa ini akan menjadi saham dan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda sekiranya mereka dididik dan di bentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh. Sebaliknya, jika mereka di abaikan tidak mustahil akan menjadi anak yang terbiar dan pada masa akan datang akan menjadi sampah kepada masyarakat dan negara. Justeru memiliki anak yang soleh serta baik budi pekertinya menjadi impian setiap ibu-bapa dan keluarga sebagaimana kisah Nabi Zakaria AS yang telah lanjut usia tetapi belum dikurniakan anak untuk menjadi pewaris keturunannya. Lalu Nabi Zakaria AS memohon dengan berdoa kepada Allah SWT agar di kurniakan anak-anak yang soleh. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 38:

Bermaksud; Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
No Comments

Posted in Semasa

 

Keputusan Peperiksaan UPSR 2011

17 Nov

Keputusan rasmi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 telah diumumkan hari ini oleh Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia. Seramai 46,012 orang daripada 497,691 calon telah memperolehi pencapaian cemerlang semua A mengikut Grade Purata Nasional (GPN). Merupakan rekod terbaik sejak tahun 2008.

Walaupun UPSR cuma ujian penilaian peringkat sekolah rendah, tetapi ianya merupakan tiket atau kelayakan penting untuk memilih sekolah yang terbaik buat anak-anak meneruskan persekolahan.

Kini, keputusan UPSR boleh diketahui dengan lebih pantas dengan menyemak melalui kemudahan SMS. Semakan keputusan UPSR melalui SMS boleh dilakukan dengan cara menaip ’UPSR (angka giliran)’ dan hantar ke 15888. Kalau dulu kena pergi sekolah dahulu baru tahu keputusan, tetapi kini anak-anak pun dah tak boleh sembunyikan keputusan mereka :).

Tahniah buat anak-anak dan ibu bapa yang telah membantu anak-anak berjaya cemerlang di dalam UPSR 2011. Pastilah sedang sibuk mencari tempat yang sesuai untuk menyambung persekolahan anak seterusnya. Selidiki betul-betul sekolah yang akan dimasuki kelak. Sebaik-baiknya bersesuaian dengan minat dan cita-cita mereka, bukan berdasarkan keputusan akademik semata-mata. Jika sekolah berasrama; Sekolah yang mempunyai rekod membentuk sahsiah pelajar yang baik seharusnya menjadi pilihan.

Bagi ibu bapa yang mana keputusan UPSR anak tidak sebagaimana diharapkan, jangan kecewa. Walaupun pemilihan sekolah bagi mereka agak terhad, peluang anak-anak tersebut masih luas. Kegagalan kali ini boleh ditebus pada peperiksaan-peperiksaan seterusnya. Malah, jangan mengukur kecemerlangan anak-anak di dalam akademik semata-mata, terokai potensi mereka yang boleh diketengahkan. Manusia sebagai ciptaan yang terbaik pastinya tiap seseorang mempunyai kelebihan tersendiri selain kecemerlangan akademik.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan analisis keputusan UPSR 2011, bolehlah download laporan analisis melalui link berikut:

Analisis UPSR 2011 – KLIK SINI

p/s:
1. Kejayaan, bakat dan kebolehan bukannya dalam akademik semata-mata
2. Adakalanya kegagalan merupakan sebagai ujian buat ibu bapa di dalam mendidik anak
3. Ibu bapa perlu bermuhasabah dan mengenalpasti tindakan yang belum diambil untuk membantu anak-anak

Share/Save/Bookmark