Demam peperiksaan sudah bermula bagi musim ini. Bukan sahaja calon-calon peperiksaan yang berdebar-debar, ibu bapa juga turut tak senang duduk. Malah sesetengah ibu bapa lebih risau berbanding calon peperiksaan sendiri. Almaklumlah ibu bapa telah banyak berkorban samada dari segi masa, tenaga atau wang ringgit demi melihat anak cemerlang. Lantaran, peperiksaan-peperiksaan utama merupakan pengukur kejayaan anak-anak terhadap apa yang telah mereka usahakan selama ini.
Bagi memastikan anak-anak mengekalkan usaha yang berterusan untuk belajar pada saat-saat sebelum menghadapi peperiksaan dan dapat menjawab dengan baik di dewan peperiksaan, ibu bapa masih berperanan penting untuk membantu anak-anak mereka.
Berikut adalah beberapa tips ringkas yang boleh digunakan oleh para ibu bapa un Read the rest of this entry »









