RSS
 

Archive for January, 2011

FORMULA ANAK MENDENGAR KATA

17 Jan

Sudah 2 minggu berlalu musim persekolahan bermula. Anak-anak yang dah cukup umur dah mula bersekolah samada di TASKA, TASKI, PASTI dan macam-macam lagi nama yang membawa erti pra-sekolah dengan berbagai pendekatan. Berbagai ragam anak-anak yang baru menempuh alam persekolahan sering kita dengar. Ada yang menangis sehingga ibu bapa kena tunggu, ada yang terlalu happy dan sebagainya. Di sebalik ragam anak-anak tersebut, ramai ibu bapa mula risau kerana anak-anak sudah menempuh persekitaran baru yang bakal mempengaruhi minda dan tingkahlaku anak-anak.

Setelah 4-6 tahun kita membentuk peribadi anak-anak di rumah, kini kita terpaksa berdepan dengan satu cabaran yang tidak kurang hebatnya. Mengikut kajian yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia mendapati bahawa pengaruh kawan-kawan lebih berkesan daripada pengaruh ibu bapa dan guru.

Akhir-akhir ini, kami kerap menerima email daripada sahabat-sahabat yang meminta pandangan tentang anak-anak yang tidak mendengar kata sedangkan anak-anak tersebut tidak mempunyai masalah IQ. Mereka bimbang jika sikap tersebut dibiarkan berlarutan, besar kemungkinan anak-anak tidak mempedulikan ibu bapa ketika sudah dewasa kelak. Walaupun kebanyakan ibu bapa tidak mengharap jasa mereka dibalas tetapi alangkah bahagianya jika anak-anak mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka.

Sehubungan dengan itu, seorang sahabat saya telah menerbitkan sebuah ebook bertajuk FORMULA ANAK MENDENGAR KATA yang memuatkan tips yang berguna untuk menangani masalah anak tidak mendengar kata. Kehadiran ebook tersebut amat dialu-alukan pada ketika ini sebagai panduan berguna kepada ibu bapa.

Sinopsis ebook tersebut boleh dilihat dengan klik pada banner di bawah.

Setelah saya membaca ebook tersebut, saya rasa semua ibu bapa perlu memilikinya kerana banyak tips / formula berguna dan praktikal yang boleh diamalkan untuk memperkasakan lagi pendidikan anak supaya lebih cemerlang di dunia dan akhirat.

Share/Save/Bookmark

 
 

SELAMAT MENEMPUH TAHUN BARU 2011

02 Jan

 

Saban tahun ada saja azam lama yang tak tertunai… (tak semua orang :) ) Tak apa. Sekurang-kurangnya apabila muncul sahaja tahun baru, kita pun terfikir juga untuk muhasabah diri samada azam tahun sebelumnya dah tertunai atau tertunggak. Sekiranya sudah tertunai.. Alhamdulillah. Sekiranya tertunggak, maka di sinilah titik permulaan yang baru untuk menyempurnakan azam tersebut. Sebaliknya jika azam tersebut tidak baik, pastilah pada tahun ini kita perlu ketepikan dan lupakan buat selamanya.

Apa yang pasti, cabaran terhadap pendidikan anak semakin meningkat dari tahun ke tahun khususnya bagi anak-anak di peringkat remaja. Kalau dulu kita takut budaya kuning dari Barat masuk ke negara kita. Kini berbagai budaya kuning sudah ada di dalam negara. Tidak mustahil budaya seumpama itu akan masuk ke rumah-rumah kita sekiranya anak-anak  tidak mempunyai ilmu dan iman yang teguh untuk menolaknya  Fenomena ini menuntut ibu bapa dekad ini lebih kreatif dan peka di dalam usaha membentuk kecemerlangan anak-anak.

Pada kesempatan ini (TAHUN BARU), kami ingin menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang menulis di blog yang tak seberapa ini. Mungkin juga ada di antara pembaca yang tersinggung dan terguris…. ampun maaf dipinta..

Semoga tahun ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk memperolehi pencapaian yang lebih cemerlang daripada tahun lepas di dalam apa jua bidang yang diceburi.

Share/Save/Bookmark